Monday, February 12, 2007

Tuhan, Berikan Dia Kekuatan

Malam minggu yang lalu, kantung sms saya diketuk dengan mesej dari seorang sahabat lama. Sudah lama kami tidak berhubung. Seingat saya, kali terakhir saya bercakap telefon dengannya adalah ketika saya meminta panduan jalan ketika sesat semasa menghadiri kenduri saudara sepupu di Penang iaitu lebih kurang kira-kira 6 bulan yang lepas. Dan sms terakhir yang saya terima darinya adalah ucapan ringkas sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Selepas dari itu ada sesekali saya cuba menghubunginya atas beberapa urusan tetapi semuanya tidak berjaya. Hati sudah mula syak sesuatu tetapi saya biarkan ia berlalu.

Sehinggalah malam itu, dia menghubungi saya melalui kiriman sms. Dia mohon maaf kerana menyepi lama. Sms nya kali ini bernada serius. Sedangkan dia yang saya kenal selama ini adalah seorang yang ceria walaupun dalam ruangan sms yang terhad. Rupa-rupanya dia menghadapi masalah keluarga. Sahabat saya ini berdarah campuran Jawa-Siam dan Cina. Ayahnya berbangsa Cina dan memeluk Islam ketika berkahwin dengan ibunya. Sekarang ini ayahnya menetap di Australia bersama adiknya kerana menguruskan perniagaan keluarga di sana. Sepatutnya tanggungjawab urusan perniagaan keluarga jatuh ke tangannya sebagai anak sulung. Tetapi dia lebih suka berdikari sendiri dan tanggungjawab tersebut diserahkan kepada adiknya. Aidilfitri yang lalu merupakan satu mimpi ngeri baginya. Ayahnya pulang bersama-sama dengan isteri dan anak-anak baru. Rupa-rupanya ayahnya telah berkahwin lain. Tetapi apa yang lebih menyakitkan, kepulangan ayahnya ibarat ombak tsunami yang memusnahkan kemeriahan Aidilfitri.
"And the big problem is they are not Muslim"
"My dad married with the aussie in church"

Nauzubillah, terpempan saya membaca mesejnya. Satu demi satu saya membaca luahan kekesalan hatinya.

Perkara ini terjadi 10 tahun yang lalu ketika ibunya mengerjakan haji. Ibunya sekarang menghadapi tekanan yang teramat sangat. Dan adiknya, satu-satunya anak yang diharap untuk menjaga kebajikan ayahnya di Australia, tahu tentang perkara ini tetapi bersikap tutup mulut dengan ibunya sendiri semata-mata hanya kerana duit yang disogokkan oleh ayahnya. Punyalah dahsyat dugaan sampai goyah iman. Saya sendiri ragu tentang status agama adiknya. Malas untuk bertanya banyak kerana bimbang pertanyaan demi pertanyaan yang saya ajukan bakal menambah luka hatinya.

Sekarang ayah dan ibunya telah berpisah. Sahabat saya ini sangat-sangat kesal dengan apa yang terjadi. Dia sama sekali tidak menyangka yang ayahnya sanggup berbuat demikian. Alasan ayahnya sangat mudah. Perkahwinan ini terjadi lantaran ayahnya tidak mempunyai anak perempuan dan urusan perkahwinan dilakukan di gereja kerana ia lebih mudah.

Sebenarnya apa yang saya bimbangkan terjadi jua. Saya pernah bertanyakan dia, tidak risau ke membiarkan ayah yang berbangsa Cina tinggal di Australia. Dia kata ayahnya sudah berusia hampir 60 tahun hidup dalam Islam. Takan dia ingin kembali ke agama asalnya. Lagipun adiknya ada bersama. Sekarang apa yang terjadi sudah terjadi. Dalam negara sibuk membicarakan tentang isu orang melayu murtad. Tetapi di luar negara sana, seseorang yang bukan berbangsa Melayu telah keluar dari agama Islam. Persepsi Islam bukan hanya untuk orang Melayu sahaja seharusnya diberikan penekanan yang meluas agar Islam tidak diperlekehkan dan diambil mudah.

Kepada Allah saya panjatkan doa agar dia ditetapkan iman dan beroleh ketenangan jiwa. Saya juga ada mencadangkan untuk dia bertukar semula ke Kuala Lumpur bagi memberi sokongan moral kepada ibunya. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusannya.

"Ya Allah, ya Tuhanku, berikan dia kekuatan rahmat dan hidayah-Mu"

17 comments:

Pa'chik said...

semuga Allah dapat mengembalikan dia ke jalan yang benar. dan sahabat kamu juga, harus tidak berputus harap kepada Tuhan, agar menetapkan kembali iman orang tuanya itu.

Iman Mawaddah said...

pa'chik..
Lajunya, saya baru je lepas edit entri ni..hehe.

Ermm saya pun berharap begitu.

~inilah saya~ said...

Semoga Allah mengurniakan kekuatan pada sahabat iman tersebut.

Dan juga...

Semoga Allah melindungi kita, ahli keluarga kita, sanak saudara kita, teman-teman kita dan yang paling penting keturunan kita dari gejala murtad ini.

BaYu SenJa said...

xde apa yg mampu kite buat selain doa.. berdoa lah ye.
InsyaAllah dikembalikan iman yang sempurna dan mawaddah yang berkekalan..

Iman Mawaddah said...

Inilah saya
Ya, semoga kita terlindung dari gejala-gejala murtad.

Bayu,
A'a itu je yang termampu. Tiada daya upaya kita melainkan memohon kepadaNya.

iman yang sempurna dan mawaddah yang berkekalan saya suka ayat ini, terima kasih.

Anonymous said...

sama2 kita berdoa semoga kawan iman diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang berat itu..

RaFFLeSiA MeRaH said...

moga2 kwn iman sentiasa tabah menghadapi ujian tuhan ini, maha hebat mane pun dugaan itu, yg penting tetapkan iman, kuatkan semangat dan perlu yakin dengan kekuasaan tuhan....

zwitterion said...

semoga kwn iman melepasi ujian ini.doakan mereka, kita dan seluruh umat Islam sentiasa di jalanNya.

Purpleheart said...

Semoga Allah menguatkan imannya dan juga hatiku.. amiin..

INDERA KENCANA said...

Semoga Allah mempertunjukkannya jalan pulang..

Hanisumayyah said...

Kita hanya mampu berdoa...semoga ayahnya diberi semula hidayah dan sempat mengucap kembali sebelum kembali pada yang esa...

13may said...

takutnya dengar.....
moga2 kita semua dilindungiNYA...

Iman Mawaddah said...

Teman-teman sekalian,
Terima kasih kerana turut mendoakan. Moga Allah memperkenankan doa kita. Tiada upaya saya untuk menolong hanya mampu menjadi pendengar setia dan doa ikhlas dari seorang sahabat untuk sahabat.

Ambillah iktibar dari kisah ini. Dunia akhir zaman, terlampau banyak ancaman terhadap Islam. Tiada jaminan kita Islam hari bererti kita akan Islam selama-lamanya. Tetapkan iman insyaallah kita akan selamat. Jagalah diri dan keluarga dari unsur2 murtad. Mudah2an Allah memelihara iman kita.

khairyn said...

salam iman

Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Semoga iman kita bertambah, akidah kita tidak tergelunsur dan akhlak kita terjaga.

Amiin.

Meera Melati said...

berat sungguh dugaan kawan iman tu kan... semoga Allah akan terus memelihara akidahnya dan kita semua...

Bunga Rampai said...

Salam Iman,

Semoga dia mendapat hidayah-Nya lagi untuk kembali ke jalan yang benar.

Semoga kita semua sentiasa dalam lendungan-Nya.

Iman Mawaddah said...

Kak Khairyn dan BR,
Insyaallah sama2 kita doakan Allah memelihara kita dari anasir-anasir yang boleh mengoncangkan iman.

Meera,
Salam kenal.
Berat kita membacanya, berat lagi dugaan orang yang menghadapinya. Saya tahu dia sangat2 menderita ketika ini. Mudah2an dia beroleh ketenangan...doakan.