Sesungguhnya - Raihan
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Friday, February 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
bestnye lirik lagu tuhhh...sejuk rasa hati bila baca...thanks...
Kak RM,
Saya suka menghayati liriknya sebagai satu motivasi diri :)
indah sekali lirik itu...
betul tu iman, lirik juga boleh memotivasikan diri..
Saya mohon juga..
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Ya. Sesungguhnya....
:)
(weh aku tak kopipes 13may ye.. taip sendiri!!)
Indah Sakura
Juga sebagai muhasabah diri
Khairyn
Mudah2an dimakbulkan
BP
Ya..sesungguhnya saya menanti jemputan untuk kenduri nasi ambeng :)
13 May
Senyum dekat siapa tu.BTW "buah hati" saya dah keluar ICU..nanti saya upload amplang k.
pa'chik
Apa khabar? sudah kembali dari pertapaan? Macam orang bersalah je pa'chik. Saya tak kata apa2 pun hehe :P
Salam Iman,
Sesungguhnya itulah salah satu lagu kegemaran saya :)
Salam ukhuwwah.
BR
Sama la kita :)
Bro Ku Keng
Salam ukhuwah
Comelnya budak-budak kecik tu.
Inilah saya,
Budak-budak kecil tu permata hati kekanda-kekanda saya :)
Memang sedap lagu ni bukan hanya kerana kesyahduan melodinya tetapi juga lirik lagunya yang menyusuk jiwa..
Post a Comment