Wednesday, February 28, 2007

Apa yang pelik ya?

Pergi "beraya" dari blog ke blog hampir semuanya kena virus tag 6 benda pelik. Ada yang benar-benar pelik sehingga saya tertawa sendirian. Saya ingatkan saya terlepas. Tetapi akhirnya saya terkena juga dengan Indera dan Purple Heart. Jenuh juga kepala berfikir. Bukannya senang hendak menilai sesuatu yang pelik terutama pada diri sendiri. Tetapi untuk tidak mengecewakan sahabat-sahabat saya..nah sekarang saya senaraikan 6 perkara pelik tentang saya.

1. Saya hanya akan makan gulai tempoyak hasil tangan mak saya sahaja. Gulai tempoyak yang saya masak sendiri pun saya tidak suka sebab kurang umphh. Apatah lagi jika gulai tempoyak yang dimasak oleh orang lain. Saya tidak akan sentuh melainkan mak recommend gulai tempoyak itu sedap. Itupun hati saya masih nakal berkata-kata sedap lagi mak masak.

2. Suka makan durian dengan roti canai. Kalau musim durian, saya mesti cari roti canai. Pendek kata musim durian tidak akan berlalu pergi tanpa saya makan roti canai bersama-sama durian.

3. Dulu masa tinggal di asrama, saya suka conteng-conteng dinding asrama dengan lakaran-lakaran peta minda saya sambil bercakap-cakap seorang diri. Saya conteng menggunakan pensel 2B. Menjelang tahun akhir penuh dinding tu dengan seni lakaran saya. Mujur ketika itu saya dapat hadiah bergulung-gulung poster kemerdekaan. Apa lagi..saya jadikan wall paper. Jika orang lain sibuk menampal gambar-gambar artis kesayangan, saya tampal poster kemerdekaan untuk melindungi lakaran saya yang ala-ala jawi dan sanskrit..wah3x semangat patriotik la pula hehe

4. Jika terasa sangat-sangat tertekan semasa bekerja, saya suka jalan-jalan seorang diri ke shopping complex tengok ragam manusia. Tapi tidak lama sekadar 10-15 minit sahaja sekadar release tension. Mentang-mentanglah pejabat saya bersambung dengan shopping complex di ibu kota hehe..apalagi ambillah peluang sekejap. Tapi awas tidak boleh selalu..nanti tertangkap :) Jangan ikut perangai saya ini.

5. Suka simpan duit merata-rata sampai terlupa letak di mana. Baru-baru ini mak terjumpa lebihan duit raya saya di bawah tilam. Bila mak menegur..saya dengan mudahnya berkata "Oh! ye ke, saya terlupa"

6. Saya ada satu saja dalam dunia ni. Satu kan nombor ganjil. Ganjil = pelik. Pa'chik saya tidak copy paste tau saya taip satu-satu ini..hehe

Dan insan-insan terpilih meneruskan virus ini adalah....
1. Bayu Senja
2. Hakim Dirani
3. Indah Sakura
4. AKMA...walaupun dia buat sardin..mana tau kot-kot terbuka pintu hati untuk kembali menulis lantaran teruja untuk kembali ke tanah air hehe

Sekadar suka-suka..tiada paksaan, merasa dipaksa atau terpaksa

22 comments:

izinni said...

berdasarkan perkara 1 dan 2, suka saya membuat andaian yang iman ni sah seorang PERAK TOTOK! hehehhehe .. betui tak?

Pa'chik said...

ingatkan masih diserang virus lagi.

err... kamu suka conteng peta minda dekat dinding, dekat bantal tak lukis peta ke? haha... achik suka lukis dekat selimut..(ini spekulasi saja ye..)

khairyn said...

salam iman,

saya suka no 5. Apa kata jemput saya ke rumah iman dan saya akan 'bersihkan' kepingan syiling yang bertaburan tu.

Ah! Saya kan materialistik! hahaha

RaFFLeSiA MeRaH said...

mkn durian ngan roti canai? hehehe...1stime dengar...sedap ekk? rasa cam nak cuba la pulak...pasal suka sepahkan duit tu, lain la dari RM, sbb RM langsung x suka sepahkan duit, duit 1 sen pun RM kumpul letak satu tempat, dlm mug ke hape...

INDERA KENCANA said...

Bowling alley ada tak kat situ..??

Kalau ada, masa tension tu pekena main bowling dalam 1-2 games. Lepas tu buat muka selamba balik office..

blackpurple @ jowopinter said...

Sekarang suka conteng-conteng dinding lagi tak ? Grafiti tu. He he he

zwitterion said...

roti canai dgn durian..saya penah makan roti canai cicah susu pekat..hmm lemak berkrim..:)

Anonymous said...

durian ngan roti canai? hmmm 1st time dgr...teringin juga nak cuba...tentu sedap kan iman..

achik said...

roti canai ngan durian... uish mmg pelik.. oo cover ngan poster ek.. nasib x kantoi nanti kena padam plak hehe...

amboi2 pa'chik, pandai sungguh buat spekulasi ;p

Purpleheart said...

Roti canai dengan durian? Cemana tu ya? Nak try la jugak..

13may said...

salam tuan umah...
bila nak jamu 13may gulai tempoyak???

ngeh ngeh ngeh;)

Iman Mawaddah said...

izinni
hahaha..tak dinafikan saya sememangnya PERAK TOTOK walaupun dilahirkan dan dibesarkan di ibu kota. Darah pahlawan dan srikandi Perak mengalir ke dalam tubuh saya ini. Tapi malangnya tak reti cakap loghat Perak..mungkin tahap kelikatan tempoyak dalam darah masih kurang kot hehe. Bila nak mula first entri?..bumbung rumah dah ada..apa lagi..sahut la cabaran pa'chik dan khairyn.


pa'chik
Belum pulih sepenuhnya kejap ok kejap tak tapi buat boh layan je..

Peta minda di bantal? Saya tak pandai. Tapi tabik spring la dekat kilang air liur pa'chik sbb berjaya menghasilkan peta yang tak dapat ditafsirkan oleh ahli geografi di bantal hehe. (Ini pun spekulasi saje..kan achik kan)

Khairyn
Salam Sis,
Hehe sorry sis..bonda saya lebih cekap bab itu. Dia lebih tau port2 mana yang selalu anak dia jadikan 'sarang' mengumpul duit..hehe

Indera
Menarik gak idea tu..Tapi tak ke pelik bila orang tengok seorang wanita bermain bowling dengan memakai baju kurung/blouse berskirt labuh/berjubah polos..hehe jangan cuba menambah senarai kepelikan saya.

RM
Cuba la rasa roti canai dan durian..sedap..wa cakap lu hehe. Saya bukan suka sepah-sepahkan duit..tidak..tidak..jangan salah faham. Maksud saya dalam entri tu, saya suka simpan duit di tempat-tempat yang tak terfikir orang. Sampaikan saya sendiri terlupa hehe.

Wak BP
Sekarang dah insaf. Tapi pena saya pernah di tarik oleh rakan sekerja ketika saya asyik menconteng kertas semasa meeting..hehe

Asalnya saya ingin mengetag anda tapi nanti takut terkene sumpahan jawo pinter pula :)

Zwit
Cubalah makan dengan durian pula..Sedap..Saya pernah cuba makan dengan susu tapi saya tak lalu..rasa muak. Ikut citarasa tekak masing-masing ye tak?

Indah Sakura
Ya betul..confirm sedap..sekali cuba pasti nak lagi hehe..promote..promote

achik
Tu la.. nasib saya baik tidak kantoi dek kerana lakaran-lakaran seni saya. Tapi sekarang rasa menyesal pula..merosakkan harta yang diamanahkan.

Purple Heart
Try jangan tak try..nanti menyesal hehe

13 May
Salam tuan tetamu
Makan ke gulai tempoyak? oo sudah bagus. Jemputlah datang rumah. Tapi call la dulu jika nak datang. Senang saya lari kalau 13 May nak datang haha

Pa'chik said...

waaa kamu pun dah jadik spekulator juga ye..

Iman Mawaddah said...

pa'chik juga yang ajar :)

BaYu SenJa said...

semua heran tentang kegemaran makan roti canai dengan durian..
iman minat durian berisi tebal atau nipis?! saja nak menyibuk.. hehe
insyaAllah saya akan sambungkan nanti :)

Pa'chik said...

laa.. itu yang kamu belajar... ish ish ish.. haha... dah la, tak elok ngikut yang tu.

Iman Mawaddah said...

Bayu Senja
Adakah itu bermakna yang saya memang pelik? hehe..Saya suka durian kampung. Tebal..nipis saya suka, janji durian kampung. Durian-durian kacukan baru yang ada gred-gred tu saya tidak minat. Bagi saya rasa dia tak seasli durian kampung.

Pa'chik
Dah tu yang pa'chik ajar..sape suruh hehehe tak elok ajar yang tu :P

Anonymous said...

salam buat iman...
ryn tertarik ngan roti canai & durian tuuu....lau ngan lempok mgkin biase la dgr...anyway, macam best je...hihihi

salam dr airynnz

izinni said...

gamaknya memang orang perak lagu tu ya? .. kalau part gulai tempoyak memang yang mak depa buat je yang sedap. nyampah! hehehehe

sampai sekarang husband aku tak bagi green light kat gulai tempoyak aku. last2 aku malas nak buat dah. suamiku nak masak tempoyak, aku call mak mertua aku mintak tolong masakkan je. aku sanggup drive ke cheras menjemputnya. hehehehe ... sayang bonda!

nasib hang pompuan, kalau tak jenuh cam aku. ekekekekke

izinni said...

orang perak memang pelik .. durian tu buleh makan ngan memacam. depa gaul sebati dengan nasi panas, campur plak dengan santan. adehhh .. tak lalu teman nengok ayah teman makan benda tu.

Iman Mawaddah said...

airynnz
Salam kenal.
Cuba rasa memang sedap. Lempuk pun sedap jugak.

izinni
mak aii senior reporter ni..sini pula jadi port dia hehe..husband orang area mana? Erkk gaul dengan nasi panas campur santan? tak pernah tengok la pulak..macam muak je rasanya. Kalau dengan pulut pernah lah rasa.

izinni said...

tapah road :)