Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan, kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam , wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat. Celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat,di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah, bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah,bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud, Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati, ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita.
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI......
Betul ke macam tu? Saya tidak mahu komen lanjut…cukup sekadar untuk sama-sama kita renungkan. Rantaian kata-kata tersebut saya peroleh dari email yang di'forward' kepada saya.
Thursday, February 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
macam ada yang tak kena...
pa'chik
Apa yang tak kena ek? Ntahlah main copy paste je ni.
Sungguh...kali ni saya nak baca aje entri ni. Takmo komen apa-apa.
Inilah saya,
Saje copy paste..sebab ilham sendiri tidak datang.
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
==========
nampak tak yang lain semua pasal tidak perlu mencari/mengharap
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
bahagian ni,lain sikit.
Ooo itu ke? May be penulis ini dulu tak amik paper sastera kot..hehe.
Adeh..sesuka je mengata, macamlah saya ambil paper sastera.
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH.
-------
ini andaian saya yang masuk kelas sastera sebab phobia tak mahu ke kelas sains atau perdagangan. sepatutnya berbunyi begini?
"Kenapa bermimpi teman seteguh IBRAHIM, Jika tidak sekuat SARAH"
.........
kesimpulan saya ...
terimalah suami atau isteri seadanya anugerah Allah,
tetapi perlu tekad di hati untuk perbaiki diri,
jika sayangkan keluarga dan teman hidup yang dikata cinta sepenuh hati sebelum diri dimiliki.
pesanan untuk diri saya juga tu.
Pesanan buat semua..
Kegagahan lelaki terletak hanya pada tenaga, kebanyakannya. Namun kegagahan wanita terletak pada hati, kebanyakannya.
Pun begitu tidak semua yang bersikap sebegitu...
izinni
Emrm logiknya ada..terima kasih atas peringatan. Nanti jangan lupa belanja saya makan ok hehe
Kak Sue
Yang baik jadi pedoman, yang tidak baik jadi sempadan
Indera
Memang benar, setiap manusia ada kekuatan dan kelemahan. Itu sebab Allah mempertemukan kedua2nya supaya saling melengkapi antara satu sama lain.
Post a Comment