Wednesday, January 31, 2007

Apa nak jadi

“Rumah kata pergi, kubur kata mari…”
“Mana kau tahu kubur panggil aku”
…kah..kah..kah..ramai-ramai ketawa berdekah-dekah.


Sungguh angkuh manusia-manusia itu berbicara
Sakit hati sungguh bila mendengar
Tiada sedikit pun terpalit rasa berdosa
Bangga sekali seloka membelakangkan agama

Usia 52 bukan penghalang untuk bergaya
Rambut tercacak berwarna emas
Pakaian seksi mendedahkan dada
Berkasut rugged bertumit tinggi
Sakitnya mata ini melihatnya

Bahagianya diri menjadi pilihan
Pemuda-pemuda kacak linkungan umur dua puluhan
Rasulullah dan Siti Khadijah dijadikan perumpamaan
Sedarkah wahai insan?
Jauh panggang dari api kiasan yang diberikan

Minyak dengan air tidak bercampur
Pergi ke Mekah kerana agama
Berpakaian vogue kerana diri seorang selebriti
Apa digusar orang hendak mengata
Asalkan jujur pada diri sendiri

Apa hendak jadi dunia hari ini
Umat Islam sendiri sudah berani
Perlekehkan agama sesuka hati
Bagaikan hilang maruah diri

Wahai manusia tidakkah engkau tahu
Andai telinga ini boleh mendengar
Suara kubur yang setiap hari menyeru
Seluruh anggota akan lemah bergetar

Insaflah wahai manusia
Sementara masih ada lagi ruang waktu
Jangan dipersiakan usia yang masih bersisa
Beringat sebelum malaikat maut datang bertemu

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan


"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah"..supaya saya, anda, dia dan mereka dapat jawapan kepadanya.

22 comments:

khairyn said...

salam iman,

saya menyepi juga. Banyak yang bermain di kepala.

Terima kasih atas peringatan. Kadang2 kita membuat terlalu banyak perancangan dunia sampai kita lupa, perancangan akhirat yang wajib kita lunaskan.

zwitterion said...

ada dari kita yg memudah-mudahkan & meringankan dlm hal2 yang tidak sepatutnya

13may said...

menarik:)

~inilah saya~ said...

Ad-deen adalah nasihat.

Jangan berputus asa yer..

Salam

achik said...

org kata akal org b***h itu dimulutnya... tu la jadinya kalau cakap tanpa berfikir...

Iman Mawaddah said...

Khairyn
Salam Kak,
Sudah buka semester ya? Tidak jadi wirawati lagi ke? hehe..

Hidup kena saling ingat-mengingati..kerana Islam itu untuk faedah seluruh ummah bukan untuk individu tertentu.

Berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran

Zwit
Zaman sekarang ramai yang putar alam. Menghalalkan perkara yang diharamkan janji matlamat/impian berjaya dicapai..sebab apa..sebab Islam itukan mudah..Nauzubillah.

13 May
Biasa saja..cetusan idea hasil dari kegeraman melihat keletah sang artis yang mempersendakan agama disertai dengan gelak tawa sokongan sang penonton.

Inilah saya
Salam, Insya-Allah selagi mampu.

achik
Erkk b***h tu apa? konpius neh hehe. Ermm bukan b***h cuma tidak pandai menggunakan akal yang dikurniakn kepadanya dengan sempurna. Orang yang tiada ilmu memang cakap sesuka hati..orang cakap bab agama..nak juga cakap hal agama..tp merapu ntah kemana2. Akibatnya diri sendiri juga yang merana. Hari ini saya baca paper banyak dah keluar cerita2 tidak puas hati orang ramai dengan dia dan rancangan yang bertanggungjawab menampilkan dia.

INDERA KENCANA said...

Kubur, tempat berehat yang menyenangkan sekali buat mereka yang dikasihi oleh Rabbul Jalil.

RaFFLeSiA MeRaH said...

nice entry...x terucap dengan kata2...nak muhasabahkan diri ni....

blackpurple @ jowopinter said...

Semoga kakak itu diberi petunjukNya..
Populariti dan glamour tak membawa ke syurga
Ke Mekah itu tiada maknanya
Kalau iman dan akhlak tidak berjaga..

Pa'chik said...

ingatkan nak dengar puisi dari king binjai, tapi kamu dah tulis dulu rupanya. terima kasih ye.

Iman Mawaddah said...

RM
Muhasabah diri saya sendiri juga.

BP
Sesama kita berdoa dia beroleh petunjuk-Nya

Pa'chik
Saya tidak sehebat king binjai. Bahasa saya pun merapu dan carca merba. Janji maksud tercapai.

Iman Mawaddah said...

Indera
Mudah2an kita tergolong dalam golongan tersebut.

Maaf terlepas ulasan untuk Indera.

khairyn said...

iman,
saya terlepas cerita tentang 'wanita itu'. Bodoh, dungu tapi mahu mengaku pandai. Hanya fitrah wanita dan usia saja yang sama tapi perwatakan sekelumit zarah pun tidak tercapai.

apakah landasan membandingkan dirinya dengan saiditina Siti Khadijah? Nauzubillah. Itulah jadinya bila mulut dan akal tidak selari.

Iman Mawaddah said...

Kak Khairyn,
Cerita itu mungkin baru sampai ke Glasgow ya. Memang dia bercakap main sedap mulut dia je. Terserlah benar kejahilannya. Angkuh sungguh!

Tapi saya terfikir tentang motif sebenar rancangan tersebut menampilkan dia. Sang pengacara ada memberitahu "Sungguh pun akak 'tu' macam ni, dia pernah pergi ke Mekah tau" . Sang pengacara seolah2 cuba menukar mentaliti umum supaya menerima artis sebegini. Berpakaian dan bergaya tidak menutup aurat bukan bermakna dia membelakangkan agama..hurmm apa hendak jadi..Nauzubillah

AKMA said...

Muka tiba-tiba panas.

Dada berombak.

Manusia tu memang kurang ajar!!!
http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiI

Purpleheart said...

terima kasih kerana mengingatkan diriku yang ada kalanya lupa..

Iman Mawaddah said...

Bro akma
Apa khabar? Itu hanya sebahagian. Jika tengok yang sepenuhnya lagi sakit hati.

Malam tadi saya terkenangkan seseorang apabila menonton Netherlands di Majalah 3.Tetapi dia telah pergi..ya benar ia telah pergi tanpa secalit hamparan memori, yang tinggal hanya kuning keorenan

Purpleheart
Sama2 kasih. Saya juga manusia yang mudah alpa.

Anonymous said...

sama saja malaun tu dgn kartunis denmark. humban saja dia kat gaung jadikan makanan biawak.
kecil boleh suruh BELAJAR. bila dewasa org senang nak MENGAJAR, tp bila dah tua bangka masih tak sedar diri lagi... jawapnya kita kena KURANG AJAR dgn org macam ni.

Iman Mawaddah said...

Anonymous
Sepatutnya kita kena LEBIH AJAR lagi. Jangan biarkan dia tersasar dengan ilmu yang KURANG AJAR.

Jangan samakan dia dengan kartunis Denmark. Kerana kartunis itu orang kafir. Dia ISLAM..dia seagama dengan kita. Cumanya penghayatannya Islamnya 0.Alangkah lebih baik jika kita mendoakan agar dia mendapat hidayah lantaran keceluparan mulutnya.

Semua orang marah, tapi alangkah baiknya jika kita berjaya mengawal marah. Jangan hanya kerana dia...kita menjadi KURANG AJAR. Menegur biar dengan hikmah. Ingatan untuk diri saya juga.

Anonymous said...

"kalau" semua benda boleh selesai dgn doa alangkah bagusnya.
Ada masa kita race kat trek.

Iman Mawaddah said...

Anonymous
Masing2 ada pendapat dan ada hak untuk menyuarakan pendapat. Walaupun terdapat percanggahan, saya percaya baik anda mahupun saya, masing2 mahukan yang terbaik demi menjaga kesucian agama ISLAM yang kita cintai. Apa2 pun terima kasih atas pendapat yang diberikan.

Gaya bahasa macam saya kenal. Anda kawan saya di dunia realiti ke?

Anonymous said...

salam iman..
hehehe.. <<<< tu je komen teman