Kelmarin, rakan sekerja saya di Negeri Sembilan menelefon saya. Dia bertanyakan perihal seorang rakan kami di sini yang dengar khabarnya diberhentikan kerja. Wahh.. heran saya, macam mana orang di Negeri Sembilan boleh tahu dulu berita perihal orang di KL. Tergelak2 kecil rakan saya itu apabila saya bertanya padanya. Dia menyuruh saya menyiasat duduk perkara tersebut. Saya bukannya pandai hendak siasat menyiasat ini.
Tetapi tadi, akhirnya berita tersebut sampai juga ke pengetahuan saya tanpa saya menyiasatnya. K, seorang perempuan disyaki menyalah gunakan kemudahan "claim" yang diberikan. Tugasnya memerlukan ia sering ke luar daerah. Khabarnya setiap kali ke luar daerah dia akan menyewa hotel yang murah harganya. Kemudian, apabila pulang ke ibu pejabat dia akan claim duit hotel mengikut kelayakan jawatan yang jauh lebih tinggi dari harga hotel yang disewanya.
Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kegiatan dia akhirnya dapat dikesan. Dia akhirnya diberhentikan. Termenung saya mendengar ceritanya. Sungguh tidak saya sangka dia tergamak melakukan sedemikian rupa. Dahulu hubungan kami rapat. Saya, dia, rakan yang di Negeri Sembilan tadi dan beberapa orang rakan kami yang lain adalah "produk" yang dilahirkan di bawah satu projek khas organisasi. Sehinggalah kami dipisahkan mengikut department yang diarahkan.
Mengapalah sampai jadi macam ni ya. Saya terfikir, mengapa manusia ini kadang2 suka mengambil kesempatan akan amanah yang dipertanggungjawabkan. Orang selalu fikir PECAH AMANAH sudah semestinya menggelapkan wang. Tapi bagi saya pecah amanah ini merangkumi semua aspek. Semasa kerja..timbang diri kita adakah kita gunakan sepenuh masa kerja kita untuk menjalankan amanah kita? Waktu rehat tengah hari kita panjang2kan. Bagi yang ada kemudahan minum pagi, pergi minum kemudian dilengah2kan. Campur tolak waktu semua hanya beberapa jam sahaja yang diperuntukkan untuk kerja. Tidak terlintas ke di fikiran kita yang kita mengalas amanah di bahu kita? Tidak terlintas ke di fikiran kita akan duit yang diambil akan menjadi darah daging? Tidak terlintas ke kita akan persoalan2 di hari kemudian?Entahlah..saya bimbang..kerana saya juga tidak terlepas dari kelalaian melaksanakan amanah.
Thursday, January 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
saya pun turut merasa bimbang...
alamak saya pun dok ngulor ni isk isk... ;p
Salam Iman,
Amanah mudah disebut tapi sukar dilaksanakan. Satu tanggungjawab besar. Pembersih hati andai dilaksanakan dengan jujur.
13 May
Itulah..kadang2 teringat kadang2 terlupa.
Achik
Orang Perak kata ngulor tu beri. Selalunya refer pd pemberian duit. Kalau achik nak ngulor teman, teman terima aje.. hehe
BR
Salam BR
Ya setuju..pembersih hati bagi yang berjaya melaksanakannya.
Salam,
Amanah sangat berat. Ia merupakan salah satu dari keperibadian rasul. Semoga kita dapat mencontohi keperibadian yang mulia ini.
Inilah saya
Insyallah..mudah2an.Untuk makluman..bonda dan ayahanda saya sudah lama bermastautin di Kota Lumpur (sebagai jawapan dari blog anda)
Aku merasa hairan terhadap hambaKu yang sering teringat kepada hartanya. Mereka lupa bahawa Akulah yang memberi rezeki, tidak merasa syukur terhadap nikmatKu
Al fakir
Termenung dengan kata2 itu...Allahuakhbar
Post a Comment