Telefon berbunyi, tuannya tiada di tempat. Dia cuba menarik line telefon tersebut dari tempatnya. Malangnya setting yang biasa dilakukan tidak menjadi. Lalu dia kelam kabut berlari-lari anak ke tempat rakan sekerjanya untuk mengangkat telefon tersebut.
"Hello". Tiba-tiba...Gedebuk!!! Semua mata tertumpu ke arah bunyi yang kuat itu. Kemudian masing-masing buat-buat tidak tahu. Walhal masing-masing menahan gelak. Dari tempat saya, kelihatan kepalanya sahaja. Saya yang sedang bercakap telefon terhenti sebentar menahan ketawa. Hendak gelak lebih-lebih tidak baik pula. Seorang rakan lain sibuk mencari kerusi yang baru. Dia masih lagi control macho menjawab panggilan dengan selamba sambil bangun dari tempat jatuhnya.
Usai menjawab telefon, dia menghampiri saya.
"Aduh!!! iman, sakit tulang rusuk aku, " dia mengadu.
"Aku rasakan, kau patut ambil life insurance la," jawab saya selamba.
"Tak kan aku nak amik life insurance semata-mata sebab aku jatuh kerusi kot," katanya sambil menjuihkan bibirnya.
Saya tersengeh sambil tergelak kecil. Terpandang pada wajah rakan-rakan setugas yang lain, semuanya turut tersengeh. Rupa-rupanya ramai yang mencuri dengar perbualan kami.
Alahai kesiannya dia.
Friday, August 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
salam,first komen hehehe
hehehehe lawak la dia ni,adakah orang yg sama yg awak selalu crita tu?
oh
dia mengekalkan kemachoannye hehehe
Buta Seni,
Hehe tahniah buta seni. Ni orang lain. Unit saya tu ramai pak lawaknya :D
Khairyn,
Tu yang tak tahan tu. Boleh dia buat muka selamba je hehe
alahainya, cian nya dia .. terpaksa cover macho .. ahaks:p
hehehe.. sian.. ;)
malu wooo...sy penah jatuh ketika berlari2 anak depan sekelas budak2 sedang beratur nk masuk kelas..ya tuhann..
salam kehidupan,
memang best lah dia. terus mengekalkan kemachoan. kirim salam kat dia yea.
kalau nak terbuang air, hangan ditahan.. nanti kena batu karang...
kalau nak gelak, jangan ditahan.. nanti terkena sembelit..
gelak ramai 2 !!!
hakhakhak :)
Yatie,
Tu la pasal hehehe.
Achik,
Hehehe
Anul,
Hehehe..jatuh saham eh.
Cermin Diri,
Dia dah mula cuti merdeka bermula hari ini :)
Bayu Senja,
Amboi2 ustaz neh..boleh tahan juga ya hehe
Post a Comment