Sunday, August 05, 2007

Kemaafan Itu Suatu Yang Indah

Suatu hari, Rasulullah SAW pergi bertemu dengan Jin di malam hari. Siti Aisyah pula tinggal keseorangan menunggu kepulangan baginda di rumahnya. Rasulullah pulang agak lewat pada malam itu. Aisyah yang puas menunggu akhirnya tertidur.

Ketika Rasulullah sampai ke rumahnya, baginda memberi salam. Salam pertama tiada sahutan. Begitu juga dengan salam kedua dan ketiga. Sebaik sahaja ketiga-tiga salam baginda tiada sahutan, maka baginda dengan rendah hati telah menanggalkan serbannya untuk dijadikan lapik tidur. Baginda Rasulullah tidur di hadapan pintu rumahnya. Aisyah yang tersedar dari tidurnya, terkejut memikirkan Rasulullah yang masih belum pulang walaupun hari sudah menjelang subuh.

Siti Aisyah kelam kabut membuka pintu. Sedang ia hendak melangkah keluar, kakinya hampir hendak terpijak kepala Rasulullah. Lantas ia terduduk mengadap Rasulullah. Baginda Rasulullah yang ketika itu sedang terkejut mendengar pintu terbuka juga terduduk mengadap Siti Aisyah. Lantas mereka saling bermaafan secara spontan. Rasulullah memohon maaf kerana pulang lewat malam, manakala Siti Aisyah pula memohon maaf kerana tertidur semasa menunggu kepulangan baginda sehingga menyebabkan baginda tidur di luar rumah.

Kemaafan itu suatu yang indah. Tetapi tidak ramai di antara kita yang boleh meruntuhkan tembok keegoaan dalam diri, bersedia untuk memohon maaf dan belajar memaafkan. Persepsi negatif bahawa memohon maaf itu bererti kalah terus berakar tunjang dalam diri.

Seseorang yang bersedia merendahkan dirinya dan memohon maaf adalah seorang yang hebat. Ini kerana ia meletakkan dirinya di tempat yang adil bukan sahaja untuk dirinya bahkan untuk diri orang yang berada di sekelilingnya. Seseorang yang hebat juga mesti berlajar memaafkan dan melupakan. Buktinya jelas ternyata seperti kisah Rasulullah, seorang manusia terhebat dengan Siti Aisyah, seorang muslimah yang bertaqwa di atas.

Saya tersentak dan tersedar ketika mendengarnya dalam satu program bina insan.

***Mohon maaf kerana akhir-akhir ini masa amat terhad untuk saya membalas kunjungan ke blog sahabat-sahabat. InsyaAllah bila ada kelapangan saya akan datang menziarahi.

13 comments:

Purpleheart said...

Pun nak minta maaf sebab dah lama tk menjenguk ke sini.

achik said...

ego.. sbb tu la rasa payah nak minta maaf dan memaafkan..huhu..

Pa'chik said...

kemaafan dendam yang terindah.. kata aishah yang menyanyi.

zwitterion said...

take ur time..:)

khairyn said...

Apa maksud memaafkan tapi tak boleh melupakan?? dah maafkan ke tu?

Anonymous said...

Kemaafan adalah suatu perkataan yang amat berharga dan tinggi nilainya. Mulianya diri seseorang itu andai dpt melakukannya dengan benar2 ikhlas.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

dalam hal ini, adakah saya tetap dikira adil jika menerima kemaafan anda?......

Achik_Sufi said...

salam,

moga iman c hat slalu...amin.

tegezoot said...

Sifat memaafkan perlu dilatih agar menjadi kebiasaan begitu juga seperti sedekah, senyum, menyebarkan salam dan macam2 lagi sunnah Rasulullah yg ditunjukkan kepada kita dalam hadis2nya. Jadi kita juga perlu sedar betapa pentingnya ilmu hadis dalam kehidupan kita didunia juga akhirat kelak..

Doa saya akan sentiasa ada buat awak, InsyaAllah...

izinni said...

maaf juga sebab lama nak menyinggah.

Sang Perba said...

sesungguhnya manusia yang gagah perkasa ialah yang mampu memaafkan musuhnya....

Kemat said...

Tapi jangan lupa, memaafkan dan melupan 2 perkara yang berbeza...kan kan

Iman Mawaddah said...

Su Purple,
Tiada apa yang perlu dimaafkan :D

Achik,
Ego tetap ada pada manusia. Cara kita meng"handle"nya yang berbeza :)

Pa'chik,
O ya..ingat2.

Zwit,
I will :)

Khairyn,
Ibarat luka yang sudah pulih, parutnya masih ada...chewahh berfalsampah la pula saya

Indah Sakura,
Benar..kemaafan perlu diringi dengan keikhlasan.

Cermin,
Hrmmm tak tau nak jawap laa hehe

Achik Sufi,
Alhamdulillah saya sihat, terima kasih doakan saya :)

Tegezoot,
Bukankah Al-Quran dan al-Hadith tu wasiat istimewa Rasulullah untuk kita. Tiada sebab untuk kita menolaknya. Terima kasih juga kerana mengiringi saya dengan doa anda :)

Izinni,
Tak de apa yang perlu dimaafkan. Biasalah tu :)

Jerangkung,
Dimata kasar dia nampak kalah. Tapi dari sudut rohaninya dia menang kerana akhlaknya yang tinggi.

Kemat,
Hehe apa maknanya tu en kemat