Sunday, January 14, 2007
Sains Islam Mendahului Zaman
Sabtu lepas, saya berpeluang menjengah Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di KL Convention Centre. Memang best.. Tidak rugi pergi. Walaupun pada mulanya cuak juga sebab terpaksa bersesak2 dengan ribuan pengunjung. Tambahan pula bawa 3 orang askar Along yang "rajin2" belaka. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar apabila pihak urusetia berjaya mengawal keadaan. Sebabnya pihak urusetia sendiri tidak jangka sambutan orang awam sebegini rupa.
Banyak tokoh2 ilmuwan Islam yang selama ini ideanya diceduk oleh pemikir2 Barat didedahkan dalam pameran tersebut. Kalau di sekolah dahulu, kita banyak kenal nama2 barat tapi di pameran ini kita boleh bezakan siapa pencetus idea sebenar ilmu2 yang kita belajar di sekolah. Usaha ini saya pandang sebagai usaha yang murni untuk mengetengahkan semula ilmuwan2 Islam bukan sahaja di kalangan orang Islam sendiri bahkan untuk golongan bukan Islam. Rasa sangat berbangga apabila terserempak dengan golongan2 bukan Islam membelek artifak2 ilmuwan Islam, berbincang sambil mengambil gambar artifak2 tersebut. Pameran ini juga sesuai untuk memupuk minat anak2 kecil, remaja2 sekolah dan pelajar2 universiti mendalami ilmu Sains Islam.
Bayaran masuk? Jangan bimbang semuanya percuma. Siap ada lucky draw lagi..antara hadiah2nya hamper, pen drive, hand phone dan lap top. Tetapi almaklumlah ramai sangat orangnya..siapa yang dapat tu kira betul2 bertuah lah. Oh ya..ada door gift juga diberikan. Claim door gift tersebut dengan menunjukkan tiket masuk di kaunter keluar. Semasa saya datang tu, saya diberi pilihan hendak pen ke note book kecil. Sudah semestinya saya pilih pen. Sebab note book kecil sudah terlampau kecil kepentingannya dengan kerjaya saya.
Jika ada kesempatan pergilah ke sana bersama keluarga. Pameran ini dipanjangkan lagi tempohnya sehingga 14 Februari 2007. Ia dibuka pukul 10 pagi ke 10 malam. Jadi, jangan lepaskan peluang hayati sirah kegemilangan ilmuwan Islam.
Ada tokoh macam promoter program tak? hehe..Tapi memang best. Jika ada kelapangan dan diizinkan Allah saya ingin pergi lagi..sebab tidak puas kelmarin. Tumpuan lebih kepada pengawalan askar2 Along. Apa2 pun terima kasih pada Nyah Mi yang bagi pass kami masuk lunch bersama urusetia2 program.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
bunyi mcm menarik....tapi nak pegi, jauh la pulak:)
13 May,
Untuk orang yang pernah belajar engineering mcm awak mmg menarik. Tak pe, boleh ambil cuti..pameran ni sebulan. Lagipun bila lagi nak datang KL :)
Wahh... orang tu dah pergi Pameran Tamaddun Islam. Siap jadi promoter lagi...
Seronok ke tengok X-Men?
Erkk X-Men?? hehe..at last x-men yg tengok saya..tahap kengantukan tak dapat dikawal masa tu ZZzzzZ
salam iman,
Di zaman kegemilangan tamaddun Islam di Eropah (contoh Andalusia di Selatan Sepanyol), pemerintah2 Islam menggalakkan rakyat jelata belajar. Malah yahudi dan kristian juga diberi peluang belajar di universiti islam.
Islam mengajar tentang kebersihan. Tatkala Barat dilanda wabak, negara2 Islam tidak. Kenapa? kerana kebersihan sangat penting; mandi, wuduk dan pakaian yang bersih. Sebab itu public bath diperkenalkan di Eropah selepas taklukan Islam. Kerana itu dunia barat waktu itu dikenali sebagai 'Dark Ages'.
Barat & Kristian sangat dengki dengan kemakmuran negara Islam lalu mengambil kesempatan dengan menghantar mubaligh2 belajar bahasa arab dan menyalin semua ilmu2 Islam ke dalam bahasa Roman lalu membakar semua buku2 akademik ilmuan islam ketika Perang Salib yang berterusan bertahun-tahun dahulu.
Hasilnya mereka menceduk ilmu tadi dan mendabik dada bahawa merekalah yang berilmu. Conspiracy theory yang ini lebih besar dari buatan angan-angan Dan Brown.
Bapa perubatan Abu Ali al-Husain ibn Abdullah ibn Sina.
Bapa sociologi - Abdul Rahman ibn khaldun.
pakar matematik & astronomi - Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi
pelukis peta dunia - pedagang2 arab.
Laksamana Zheng He juga sebenarnya seorang Islam.
Banyak lagi sebenarnya.
Rasanya sudah tiba masanya kementerian pelajaran merombak balik buku2 teks sekolah dan hentikan penipuan2 seperti ini.
Salam Kak Khairyn,
Terima kasih atas info di atas. Memang benar Islam agama yang menyeluruh dan terperinci hingga ke aspek kebersihan dan kerohanian. Dan majoriti ilmu2 dunia bermula dari Islam. Sejarah telah membuktikan agama kita boleh boleh gah berdiri tanpa bergantung kepada agama lain. Tetapi zaman sekarang amat berbeza sekali. Di negara kita sendiri orang Islam sudah kurang minatnya terhadap ilmu. Apa yang dimegah2kan hanya hiburan, khayalan kosong semata2.
Saya setuju sangat cadangan akak untuk merombak balik buku teks agar dapat memupuk semula budaya ilmu di kalangan pelajar2 terutamanya pelajar2 Islam.
Sebab tu saya turut mempromosikan pameran tersebut supaya masyarakat kita lebih celik minda.
Salam,
Actually, kalau nak rombak bukan setakat buku teks sahaja tapi keseluruhan sistem pembelajaran. Peranan sekolah bukan untuk memberi kefahaman sahaja tapi lebih kepada pembentukan peribadi dan jati diri. Keluarga pun mesti terlibat dalam usaha ni. Semoga usaha-usaha murni seperti ini akan diteruskan dimasa-masa akan datang.
tu la byk ilmuwan Islam yg "dinamabaratkan"... cam al-jabar dah jadi algebra... dulu kat majalah esti ada buh gak kan pasal ilmuwan2 Islam ni... skang dah xde kan... sayang tul :D
Salam. Masuk dari komen blog jowopinter. Terima kasih.
Betul. Pameran itu bagus untuk kita mengingat balik zaman kegemilangan Islam dahulu. Tapi sayang sekarang kita cuma boleh berbangga dgn 'sejarah'nya saja....
teringin gak pi..huhu
Qaseh
Kalau begitu perlukan rombakan besar2an dan kerjasama semua pihak. Malangnya hari ini ibu bapa lebih banyak menyerah sepenuhnya kepada keupayaan sekolah.
achik
Itulah..semuanya angkara barat sampai kita pun terleka.
BP
Kabare? hehe maaf saya tau itu je lebih dari itu, tak tahu.
Rasanya belum terlewat untuk menyemai semula pencinta2 ilmu dan mengembalikan semula zaman kegemilangan ilmu di kalangan umat Islam. Cuma perlu ada keazaman dan usahasama yang jitu dari pelbagai pihak.
Terima kasih kerana mengunjungi iman mawaddah.
zwit
Amat dialu2kan..zwit pasti teruja sebab banyak kena mengena dengan profession zwit. Bawa sekali 13 May dan geng2 utara :)
Post a Comment