Semalam saya bertemu seorang kawan lama. Lama sungguh saya tidak mendengar khabar beritanya.
Dia : Kau apa khabar? Sihat ke? Lama tak dengar cerita kau?
Saya : Aku sihat alhamdulillah. Ada, tak kemana2. Kau sihat ke?
Dia : Aku baru keluar hospital. 8 hari dok sana.
Saya : Sakit apa?
Dia : Sakit yang tidak boleh diubati. Doc suruh aku balik buat amal banyak2.
Saya : Ermm AIDS ke? (sengaja saya menyakatnya)
Dia : Ishh kau ni. Ada ke? Aku high bp la.
Saya : Mak aii berapa tingginya.
Dia : 210/120
Saya : Tingginya..kau banyak makan daging ke?
Dia : Tu la doc kata mujur badan aku kuat. Aku kan muda lagi mestilah kuat. Kalau orang tua dah kena strok dah.
Saya : Ceh..masih berlagak lagi. Kau kuat merokok ya?
Dia : Dulu memang kuat..tapi sekarang dah berhenti.
Saya : Dah tu apa puncanya. Tekanan keje ke?
Dia : Ntah lah ..macam2 la.. kerja..family or..may be life style aku kot.
Saya : Life style ek..tu la merayau lagi malam2..sistem tidur pun tak betul la.
Dia : Ermm tak pe la..dugaan hidup aku kot.Tapi kan sejak aku sakit aku akui aku lebih hargai bini aku.
Saya : Oooo selama ni kau tak hargai dia la ya. Baru sedar diri ya bila dah sakit.
Dia : Kau ni bukan lah..tak paham statement betul budak ni..hehehe
Saya : Hehehe paham lah..saje je nyakat
Dia : Kau tak de plan nak pergi umrah ke?
Saya : Buat masa ni tak de..kenapa?
Dia : Doa kan aku weyy
Saya : Doakan apa?
Dia : Doakan aku dapat anak. Dah 2 tahun lebih aku kawin tapi belum ada anak. Orang kata doa kat sana makbul.
Saya : Insyallah..tapi kan..kau pun kena usaha juga. Maaf aku bertanya, kau dah rajin solat ke sekarang ni?
Dia : Erkk..ermmm hehehe (ketawa sumbing)
Saya : Macam mana la pak cik oiii..suruh aku berdoa. Tapi kau sendiri tak doa. Tak nak mengadap DIA. Lepas tu nak harapkan DIA bagi kau anak. Kalau aku jadi DIA jangan harap aku nak tunaikan permintaan kau.Tapi aku tahu DIA Maha Penyayang dan Pengampun. DIA bagi juga kau peluang hidup, kerjaya meningkat walaupun kau dah kena penyakit.
Dia hanya terdiam.
Saya : Aku rasa DIA rindu kan kau. DIA hendak kau mengadap DIA..mohon padanya. DIA rindu pada kau dulu..yang rajin mengadap DIA. Tu sebab DIA uji kau dengan penyakit supaya kau kembali mengingati DIA.
Dia : Ermm..hehehe weyy tetiba aku sakit perut la dengar ceramah kau.
Saya : Kau tu la..tak abis2 dengan akal putar alam kau tu.. tak pernah yang betul.
Dia : Hehe ala..aku saje ngusik ko..dah lama tak bergurau dengan kau. Ermm ntah lah aku pun pelik dengan diri aku. Dugaan dah macam2 tapi tak insaf2 juga.
Saya : Haa tu la..ni dah kena darah tinggi. Silap2.. bulan depan kena penalti dan gol.
Dia : Ampeh...kau..tak sayang mulut
Kami sama2 ketawa.
Dia : Ok la weyy..aku nak balik jaga nenek. Sori la terkasar bahasa.
Saya : Tak pe..dah faham benar dengan kau. Aku pun minta maaf.
Dia : Hehe tak pe..lama benor kita tak berbual. Kau tak berubah..tetap ampehh tapi bernas seperti dulu.
Saya : Ceh..hehe. Ampehh macam tu tak pe lagi..jangan ampes kelapa tua macam ko lagi teruk. Tak mau berubah2.
Dia : Hehehe..ok2..aku blah dulu..gaduh dengan kau sehari suntuk pun tak abis.
Saya : Hehehe..ok jangan lupa bertaubat, warning ALLAH dah kasi tu.
Dia : Ye la (2x)...blah dulu wey.
Dia dan saya sangat berbeza cara hidup. Kami berkenalan secara kebetulan melalui seorang kawan. Sering tidak sependapat dan sakat menyakat. Walaupun begitu, pernah suatu ketika dahulu saya menjadi tempat dia mengadu masalah2nya. Entah macam mana saya boleh jadi baik dengan dia dulu. Tetapi ada sesuatu perkara yang buat saya sedih dengannya. Dia dahulunya sebelum perkenalan kami bukan calang2 orangnya. Pernah menghafal separuh Al-Quran. Tidak kurang juga dengan Al-Hadith. Kalau diduga dia dengan persoalan2 agama..dia masih boleh berhujah sedikit2. Entah di mana silapnya..dia keluar dari kepompong yang mencintai agama dan alpa dengan syurga dunia. Sebagai kawan, saya cuba menyedarkannya dalam acuan jenaka bernada sinis saya. Tetapi dia tetap dia ..kekal dengan akal putar alamnya.
Saya lakarkan sebahagian kisahnya di sini bukan niat untuk mengaibkan dia. Tetapi mengingatkan diri saya dan semua..betapa rapuhnya iman kita jika tidak dijaga dengan sempurna. Jauh di sudut hati kecil saya tetap berharap agar suatu hari nanti dia kembali ke pangkuan ALLAH yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Monday, January 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
salam iman
apa khabar?
Iman dan aqidah kalau tak dijaga senang tergelunsur.
Itu dugaan dia. Bagaimana dengan kita? Adus! Peringatan untuk diri sendiri juga.
ya..ya peringatan untuk diri sendiri.sesungguhnya Dia Maha Pengampun, jgn berputus asa.
Berjaga jauh malam boleh kena high-blood pressure ye..?? Tapi macam mana dengan orang yang berjaga sampai pukul 12.00 malam main SMS..??
Hehehehehe.....
betul tu...biasa manusia camtulah, bila dah ditimpa musibah baru ingat pada tuhan, mane yg lalai dengan alam keduniaan...muhasabahkan diri kita...jgn x sedar diri, alam dunia hanya pinjaman semata...
nanti nak gi sana bgtau yea...saya pun ada benda nak suruh doakan:)
Salam Kak,
Saya baik alhamdulillah. Ya setuju itu dugaan untuknya. Kata orang, orang yang mendalami agama lagi hebat Syaitan yang mengodanya. Itu dia..kita macam manalah pulak nanti dugaan. Saya sentiasa mohon pada Allah agar tetapkan hati dan iman saya untukNya.
Zwit,
Tq.Peringatan untuk semua..mudah2an tidak jadi sepertinya.
Indera,
Iye ke Indera..siapa tu ya. Menjelang tengah malam ada sms masuk di hp nya..terpaksa juga la layan atas nama sahabat. Nanti dikata sombong pula. Mujur orang tu tak kene high blood pressure HeHeHe...kesian sungguh penerima sms tu. Saya tumpang simpati pada dia :P
RM,
Tu la kak RM..bila kita senang kita mudah lupa DIA..bila kita susah ada pula diantara kita menyalahkan DIA. Macam best je kita kan? Apa2 pun jaga diri hiasi peribadi.
13 May,
Comment kita di tengah hari bertembung la pula..Nak doakan bertemu jodoh ke? Atau hendak halau "pengacau mistik" di rumah lama? :))
Iman Mawaddah,
Maaf lama tidak bertamu. Hujan amanah mengekang langkah.
Entri ini buat AKMA teringatkan seseorang. Terlalu teringat. AKMA diam. Sayu.
Kami sama sama dalam dunia gelap. Hitam. Kelam. Tapi Tuhan temukan AKMA dengan tangan mulus, putih...membawa AKMA keluar. Lalu AKMA belajar menjadi kelabu.
Tapi dia...masih di sana...AKMA tidak pernah putus mendoakan dia...
Sahabat...moga hari penghujung kita nanti dalam bahagia. Insya-allah.
AKMA
bumi sejuk
bagus la saling ingat mengingati... :)
Kiter pun ada kawan macam tu gak, nak kata tak pandai agama tak juga. Tapi bab solat ni dia memang kurang, hampir sama dengan kisah ni. Dan yang membezakannya ialah sikap dan perangai sama aje cuma tak ada jodoh aje. Tak tahulah, walaupun serasi, kepala otak sama aje, tapi setakat boleh jadi kawan baik aje. LEbih dari tu macam tak ngam pulak.
Bro AKMA,
Terima kasih..kerana mencuri waktu dan meninggalkan nada AKMA di iman mawaddah. Tidak perlu la minta maaf kerana saya sedia maklum dengan kesibukan AKMA menunaikan amanah.
Hitam putih kehidupan sendiri yang menentukan. Alhamdulillah AKMA telah keluar dari kegelapan. Moga yang kelabu dapat dijernihkan lagi. Seterusnya menyinari kehitaman insan yang berhampiran. Teruskan berdoa dan jangan putus harapan.
Moga2 sifat "tabligh" Rasulullah, wujud dalam diri kita. Sentiasa mengajak/mempengaruhi orang ke arah kebaikan. Mencintai agama bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri bahkan untuk kebaikan seluruh ummah.
Dan saya...alahai sering kali gagal..usahkan untuk mengajak orang. Diri sendiri pun masih alpa ..Allahuakhbar.
Achik,
Itu amanah dan tanggungjawab..yang akan dipersoalkan kelak :)
Kak Purple,
Saya percaya persahabatan antara insan adalah atas ketentuan dan ujian ALLAH. Jika bersahabat dengan orang yang baik..Insyallah baiklah kita jadinya. Jika bersahabat dengan orang yang kurang baik..berhati2lah kita..ajaklah dia ke arah kebaikan semampu yang kita boleh. Dan jangan pula kita yang terdorong mengikut jejak langkahnya. Tetapi janganlah pulak kita under/over estimate orang. Sebab manusia boleh jadi pelbagai..ada yang nampak alim tapi hatinya busuk..ada yang rugged tapi hatinya baik..sentiasa la berhati2 dalam menilai seseorang. Mudah2an kita beroleh rahmat jika ukhuwah yang terjalin semuanya kerana ALLAH.
Syukran Jazakillah, ingatan yang sungguh menusuk kalbu sekali.
Post a Comment