Wednesday, January 17, 2007

Kerana cinta...

Suatu petang, fikiran saya tiba-tiba teringat kepada pakcik A.
“Abah, apa khabar pakcik A sekarang ya?” tanya saya.
“Adalah kat hospital tu.” jawab abah.
“Lamanya.. dekat sebulan dah kan?”
“A’ah, dia dah minta dengan doktor untuk duduk di hospital. Kat rumah pun tiada siapa nak tengok” jawab abah lagi.
“Anak-anak dia tak menjenguk?”
“Ntahlah..adalah kot melawat sekali sekala” abah menjawab sambil berlalu pergi meninggalkan saya keseorangan mengimbau kembali kisah hidup pakcik A.

Kenangan lalu
Bagi saya, pakcik A seorang yang mempunyai sejarah hidup yang unik. Satu antara seribu mungkin. Zaman sekolahnya ia bercinta dengan seorang gadis yang saya namakan dia makcik B. Percintaan mereka berlarutan sehingga masing-masing menginjak usia dewasa. Semasa sedang hangat bercinta, makcik B dilamar oleh seorang jejaka dari golongan bangsawan di Negeri Sembilan. Makcik B menerima lamaran tu dan meninggalkan pakcik A dalam kekecewaan. Masa berlalu, tidak lama selepas itu, pakcik A berkenalan pula dengan seorang bekas ratu cantik sebuah negeri yang saya namakan makcik C. Mereka akhirnya berkahwin. Maka hiduplah kedua-dua pasangan ini dengan bahagia.

Sehinggalah suatu hari, makcik B yang sudah bergelar datin ketika itu, menerima musibah apabila suaminya kembali ke rahmatullah. Pakcik A tumpang berduka dengan berita ini. Entah bagaimana cinta lama berputik kembali tatkala kedua-duanya meniti usia emas. Konflik berlaku dalam kehidupan pakcik A. Akhirnya pakcik A mengambil keputusan menceraikan makcik C dan mengambil makcik B sebagai isterinya. Ketiga-tiga anak pakcik A yang semuanya sudah berkerjaya tidak berupaya melawan kehendak ayah mereka.

Makcik C sangat tertekan dengan penceraian tersebut. Sejak itu, terputuslah hubungan anak-anaknya dengan pakcik A. Hiduplah pakcik A dengan permata hatinya, makcik B. Pertengahan tahun lepas, makcik B pula meninggal dunia. Sekarang, tinggallah pakcik A sebatang kara. Dia menderita sakit tulang belakang. Pada abah, pakcik A pernah merintih “Apalah dosa saya sehingga jadi begini. Hidup seorang diri tiada siapa peduli”. Abah hanya mampu menyuruhnya bersabar dan bertawakkal kepada Allah.


"Apa yang dimenungkan tu", tegur abah mengejutkan lamunan saya.“Abah, mak we lama abah masih hidup lagi tak? " tanya saya. Tersedak abah yang ketika itu sedang minum. “Kamu ni, ada ke tanye ngupe tu” jawap abah yang sekali sekala terkeluar juga loghat Peraknya. Tergelak besar saya melihat reaksi abah. “Bukan apa abah, saje terkenangkan pakcik A. Kesian pun ada..tapi ye la dia sendiri yang memilih jalan hidup begitu”. Abah hanya mengangguk-angguk kecil tanda setuju.

Ini bukan cerita rekaan. Ini salah satu kisah benar yang berlaku di celah-celah kehidupan manusia. Pelbagai persoalan yang bermain-main di minda saya daripada kisah pakcik A.

  • Kerana cinta seorang lelaki sanggup memusnahkan kehidupan keluarganya sendiri. Apakah yang pakcik A cari sebenarnya? Tidakkah terbit rasa bersalah dalam hati pak cik A terhadap isteri dan anak-anaknya?

  • Kerana cinta seorang wanita sanggup memusnahkan kebahagiaan keluarga orang lain. Bahagia ke makcik B membina mahligai atas kekecewaan orang lain? Jika sebelum itu makcik B mengejar harta. Kini mengejar cinta…mengapa makcik B perlu tamak?

  • Mengapa kadang-kadang manusia ini tidak mahu bersyukur dengan apa yang dimilikinya?

  • Adakah ini satu suratan atau kebetulan?



  • Tepuk dada tanya iman ..disitu ada jawapan. Suatu masa nanti harta dan orang yang kita sayang akan kita tinggalkan. Yang kekal bersambungan dan akan dibawa pulang hanyalah ilmu yang bermanfaat yang disampaikan kepada orang lain, sedekah jariah dan doa daripada anak-anak yang soleh.

    Saya bermonolog sendirian.

    11 comments:

    ~inilah saya~ said...

    Salam,

    Kebiasaanya manusia ini mudah terlupa dengan apa yang telah ada didepan mata. Mungkin takdir? Tapi kebanyakkan takdir yang tertimpa adalah kerana perbuatan manusia sendiri. Mungkin dalam banyak hal kita kena kembali beristikarah.

    :-)

    zwitterion said...

    bersyukurlah dengan apa yang ada..susah juga nak jwb persoalan2 tu..huhu

    INDERA KENCANA said...

    Soal hati ini satu persoalan yang tidak pernah mendapat jawapannya sejak bumi dan seisinya diciptakan. Terlalu banyak orang bahagia kerana cinta dan terlalu banyak juga orang yang menderita kerana cinta.

    Cinta boleh jadi penawar, dan cinta boleh menjadi racun.

    13may said...

    oh! sadis sekali kisah Pakcik A itu....

    betullah kata madah:
    jgn bermain cinta sebab cinta bukan mainan...

    ps: madah tu saya buat sendiri:))

    Hahahahaha!!!!

    RaFFLeSiA MeRaH said...

    konflik ni susah gak yerrk...yg pasti masing2 punyer hak, tapi kekdg bila cinta dah menguasai diri, dah x pikir perasaan org keliling...kalo kita kat tempat diorg, mungkin jugak kita akan lakukan keputusan yg same...wallahualam....

    khairyn said...

    salam,

    Antara nafsu dan akal sering saja bertelingkah. Dan yang sering menang pasti nafsu. Pertimbangan ke duanya payah dicapai.

    Iman Mawaddah said...

    Qaseh
    Salam kembali,
    Hitam putih kehidupan sendiri yang menentukan. Setuju untuk kembali beristiharah dan bertawakkal kepada Allah yang Maha Esa, Insyallah kehidupan terjamin di bawah rahmat dan kasih sayangNya.

    Zwit
    Bersyukur antara sifat orang2 yang bertaqwa denganNya :)

    Indera
    Hai..lain macam je bunyi wording tu. Lautan mana yang tidak bergelora. Banyakkan bersabar dan tabah hadapi kehidupan. Hanya Allah cinta yang Maha Agung dan hakiki.

    Jika balik kampung sampai salam sayang saya buat si cilik Siri Aufa.

    13 May
    Jangan bermain dengan api sebab api bukan mainan :D

    Agak2 tercapai tak maksud madah ciplak saya khas untuk 13 may ni..hehe

    p/s: hang memang tere madah merapu tapi bermakna. Cheq suka madah hang dalam komen di blog achik :P

    RM
    Itulah diri kita belum tentu lagi..apa2hal pun berhati2 la dalam menjalani kehidupan. Sentiasa berpaut pada rahmat dan kasihNya :)

    Khairyn
    Salam kembali.
    Manusia memang mudah leka. Sering membenarkan nafsu menguasai akal. Hebat betul penangan janji iblis kepada Allah.Pokok pangkalnya hati. Jika diisi dengan keimanan Insyallah..nafsu dapat dineutralkan.. akal dapat ditenangkan :)

    Berazam menuju ke arah Nya

    13may said...

    Kepada tuan umah dan pengunjung blog ini:

    Salam Maal Hijrah..

    Yg ikhlas,
    ~13may~

    Iman Mawaddah said...

    13May
    Terima kasih. Salam hijrah untuk anda juga.

    Anonymous said...

    musibah yang melanda adalah hasil kerja tangan sendiri.

    sejahat atau sebusuk mana sekali pun ahli keluarga kita.. pada pandangan orang luar, dia tetap saudara kita. Inikan pula ayah sendiri. 3 kebajikan berada pada ibu, 1 berada pada bapa.

    Orang yang mandul adalah orang ramai anak tapi anak2nya tidak mendatangkan manfaat kepadanya selepas kematian.

    Wajarkah kita hanya hadiahkan al-fatihah selepas kematian mereka dan tidak ketika mereka masih hidup?

    Iman Mawaddah said...

    Al-fakir
    Orang yang mandul adalah orang ramai anak tapi anak2nya tidak mendatangkan manfaat kepadanya selepas kematian

    Saya tertarik dengan kata2 ini..terima kasih