Thursday, July 12, 2007
Terkenang
Kawan: ABC ada?
Pelayan: ABC tiada. Cendol ada. Mau?
Kawan: Cendol tak mau lah. Kasi air tembikai satu.
Saya termenung tengok pelayan.
Pelayan: Mau cendol ke?
Geleng sambil tersengeh.
Pelayan: Mau minum apa?
Geleng dan sengeh lagi.
Pelayan berlalu keliru.
Kawan: Kau apahal. Tergeleng-geleng pastu tersengeh-sengeh.
Saya: Hehe..tak de apa. Cuma terkenang penjual cendol.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
ABC ada? Mintak XYZ lah..
waa.....penah jual cendol ker dulu????
aku dh lama tak layan cendol..seriusss
hang pernah ada affair dengan penjual cendol ke .. sampai terkenang2 pulak. hahahahhaa
mesti barad pitt yang jual cendol tu
Pa'chik,
Pa'chik la try dulu.
13 May,
Hehe iye kot.
Anul,
Jom2 kita pekena reramai dengan kawan-kawan blog. Hang belanja ya..hehe
Izinni,
Hahaha..mungkin juga.
Buta Seni,
Brad pitt tu tak kesior teman.
salam,
tolong!.. tolong!..
dah lama tak pekena cendol ni..
kempunan cendol..
pekena cendol pulut tambah bauh2 dalam tu..
perghh!..
pecah air liur ni
(",)
Salam,
Siapa agakya penjual cendol itu sampai Iman terkenang-kenang?
Saya tunggu entri yang bertajuk 'penjual cendol' :)
Cendol tambah aiskrim, sedap!
cendol pulut tapai.. sedap tuh.
salam,
mohon blog ini kepada tuan rumah...blog yang segar. ..ke arah perubahan islam sebenar,....aminnn
salam ukhwah
qudwah_mardihah
Teringat Abang Leman Dawi, Senawang yang terkenal dengan cendolnya itu.. :D
cendol paling best kat ner yer
Bang Gugar,
Nanti balik Malaysia, boleh minum puas-puas ya.
Bunga Rampai,
Salam.
Bunga Rampai cukup pandai mengolah bahasa ya :)
Tidak pernah dengar pula cendol dengan aiskrim. Nanti boleh la saya cuba.
Sitilina,
Mengidam ya :D
Qudwah_mardihah,
Terima kasih kerana mendoakan. InsyaAllah saya cuba berkongsi sebaik mungkin. Terima kasih kerana berkunjung ke iman mawaddah.
BP,
Jauhnya cari cendol hehe
Kemat,
Cuba dapatkan alamat Abang Leman Dawi dari BP ya. Lepas tu boleh bawa awek chegu minum sama :D
Post a Comment