Kota Lumpur setiap petang Jumaat pasti kesesakkannya luar biasa dari yang biasa. Semua berpusu-pusu untuk pulang segera. Ada dua jalan di tengah kota. Jalan terus dinamakan Jalan A. Jalan yang membelok ke kiri pula dinamakan Jalan B. Kenderaan di Jalan B hanya boleh bergerak sekiranya kenderaan di Jalan A bergerak. Pendek kata, kenderaan-kenderaan di Jalan A dan B ini pasti seiring dan sejalan.
Petang itu bapak polisi sibuk mengawal lalu lintas. Dengan kuasa lambaiannya, kenderaan di Jalan A dibenarkan berjalan tanpa menghiraukan cahaya merah bergemerlapan di tiang jalanan. Tetapi kenderaan di Jalan B masih lagi patuh menanti saat cahaya hijau merasmikan perjalanan. Seorang perempuan dengan selamba telah melintas Jalan B tatkala melihat kenderaan-kenderaan di Jalan B masih tidak berjalan kerana begitu patuh dengan sang lampu. Tanpa disedarinya, seorang mat motor menegur "Cepatlah jalan, orang nak jalan ni." Perempuan itu melihat ke arah mat motor. Rupa-rupanya mat motor tersebut adalah rakan sepejabatnya.
"Siapa suruh berhenti. Dah orang sana polis suruh jalan. Jalan je la." Dengan selamba, perempuan itu melambai-lambaikan tangan sebagai isyarat menyuruh jalan. Kenderaan-kenderaan di Jalan B pun berjalan setelah melihat lambaian tangan perempuan tersebut. Maka terciptalah sejarah, polis traffik pertama seorang perempuan berbaju kurung dan bertas tangan. "Kau memang selamba," kata si mat motor sambil tergelak sakan. "Dah tu nak tunggu sampai bila. Dah memang sah-sah boleh jalan," jawab perempuan itu sambil tergelak sama. Si mat motor hanya menggeleng-geleng kepala dengan gelak yang masih bersisa, melambai tangan ke arah perempuan tersebut dan meneruskan perjalanannya.
***Dalam hati perempuan itu, jangan orang fikir dia gila sudahlah.
Sunday, July 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
sempoi giler dia!
ko pakai baju belang-belang itam putih kot... macam tiang lampu dom'mang (kata orang tganu)
keh keh keh.....
selamba selamba :D
keselambaan yang gila :D
mmg hebat..hehe..kadngkala aku juga bengang amat sama pak polisi yg melambai tangan..berat sebelah..ahaha
Lindosh,
Sekali sekala dia memang begitu.
Pa'chik,
Mana de..pakai baju biru laut laa.Yang suka pakai baju belang-belang tu May hehe
13 May,
Nasib tak dua lamba eh.
Izinni,
Haha..adakalanya perlu. Kesian kat dorang dok menunggu.
Anul,
Dah tiap-tiap hari melambai..dorang pun pening gak :D
ha...polis trafik pakai baju kurung, hehehe....
hehehe takde orang mengurat ke?
RM,
Uniform baru hehe.
Buta Seni,
Tak dan..kejap je pon hehe
pernah sekali .. terkandas kat traffic light lebih 1/2jam. semua dah marah sebab polis trafik tak bagi kitaorang lepas. asyik bagi keta dari jln raja laut dengan tun razak je lepas. apalagi .. semua driver hon lama2 sampai polis trafik tu gelabah. hahahahhaa
Patut dicontohi tu.. :D
wah2 mmg selamba..
tp kdg2 polis trafik tahan lagi buat jalan tu jammed giler..
Ni betul2 selamba..
Izinni,
Hahaha..saya pun pernah tengok kejadian tu. Ada polis yang gelabah. Ada sorang tu siap menjerit sambil-sambil mengacah-acah hendak tendang kereta. Gelihati pun ada kesian pun ada nengoknya.
BP,
Hehe yang baik jadikan amalan..yang tidak baik tinggalkan.
Achik,
Tengok keadaan lah juga. Biasalah tu.
Kak Sue,
Sebenarnya saya tidak sengaja. Dok mengarahkan kawan tu jalan tanpa disedari kereta lain pun ikut sama..hehe
huyoooo, cayalah ... buat keje sambilan tuh:p
haha kalau dapat gaji bagus juga eh
salam...nama saya ridzuan...saya yakin..iman mawaddah sekarang ni mesti rasa sangt bertuah kerana dapt mimpi yg sebegini...syukur sangat...kerana,baru2 ini juga berlaku tsunami di jepun...saya ingin menghubungi anda...silalah email saya di programmer.pdc@gmail.com...atau dia fb saya..ridzuancs_89@yahoo.com...
Post a Comment