Saturday, March 21, 2009

Antara Kelahiran dan Kematian

Kelahiran,
Satu fasa bermulanya kehidupan,
Kematian,
Satu kepastian bagi yang bernyawa,
Setiap kelahiran,
Akan berakhir dengan kematian,
Namun setiap kematian,
Belum tentu bermula dengan kelahiran.

Andai kematian berlaku sebelum kelahiran
Kesedihan dan kekecewaan akan berlaku
Pada insan yang mendambakan dunia
Tetapi tidak pada insan yang beriman
Kerana mereka tahu,
Syafaat Allah menanti di pintu syurga,
Yang lebih membahagiakan dan mendamaikan jiwa,
Penjamin saat seksaan berlaku di neraka.

"...Selamat Tinggal duhai haruman kasturiku. Damailah engkau di sana. Di dalam jagaan Allah yang lebih mengasihimu."