Thursday, March 29, 2007

Ayat-Ayat Cinta sebuah novel pembangun jiwa



Penulis : Habiburrahman El Shirazy, penulis muda lulusan Sarjana Al-Azhar
Harga : RM 22.90
Pemenang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005 (Indonesia)
Pemenang Anugerah Penghargaan The Most Favourite Book 2005

Pertama kali berkenalan dengannya adalah melalui penulisan Dayah. Namun begitu, saya fikir Ayat-ayat Cinta adalah novel biasa yang mengutarakan konflik-konflik jiwa dunia percintaan antara teruna dan dara. Saya sememangnya sudah lama meninggalkan novel-novel berunsur cinta kerana bagi saya persoalan dan konflik yang ditimbulkan dari satu novel ke novel yang lain lebih kurang sama sahaja tiada banyak bezanya. Hasrat saya untuk mencari Ayat-Ayat Cinta di kedai buku saya batalkan. Beberapa bulan kemudian, saya menerima email dari kawan-kawan sepengajian dahulu yang turut menceritakan perihal novel yang sama. Dalam hati saya..tidak boleh jadi, saya mesti cari untuk mengetahui keunikkannya. Masa senggang saya sempena menghabiskan cuti tahunan yang lepas, saya habiskan dengan projek khas bersama bonda dan membaca Ayat-ayat Cinta.

Ayat-ayat Cinta sebuah kisah cinta yang unik yang diungkai penuh Islamik. Ia tidak terikat dengan kisah cinta teruna dan dara sahaja. Ia lebih bersifat universal meliputi cinta hamba kepada Penciptanya dan Rasulnya, cinta persaudaraan sesama Muslim dan cinta kepada budaya bangsa. Selain dari itu ia merungkai sifat-sifat Rasulullah yang perlu ada dalam jiwa seorang Muslim ketika menghadapi ujian-ujian Allah. Ia juga dilengkapkan dengan petikan ayat-ayat suci Al-Quran, Al-Hadith, sajak-sajak motivasi diri dan diserikan lagi dengan ilmu-ilmu dunia seperti dunia perubatan, perundangan dan psikologi yang menjadikan Ayat-ayat Cinta amat berkesan bagi yang menghayatinya.

Ringkasnya ia sebuah kisah penuh simbolik antara 3 watak utama yang berlatar belakangkan suasana kehidupan di Cairo. Fahri, graduan Al-Azhar berpekerti mulia berasal dari desa terpencil di Indonesia. Aisha seorang muslimah berdarah campuran Turki dan Palestin dan membesar di Jerman. Maria seorang penganut setia Kristian koptik tetapi banyak mengamalkan budaya Islam dalam hidupnya serta menghafal Surah Maryam dengan baik.

Siapa yang berminat, bolehlah beli. Mau pinjam?. Jangan haraplah. Kalau nak juga.. sewa bolehlah hehe.

"...ternyata ia sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan," A. Samad Said.

==========================================
Nota Kaki Bangku:
Buat saudaraku si penjual cendol , inilah novel yang pernah saya ceritakan dahulu. Cubalah membacanya sebagai salah satu agen pembangun jiwa. Redhalah setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai latar kehidupan yang berbeza. Jangan dikeluhkan akan nasib diri kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bersyukurlah dengan rahmat dan kasih sayangNya awak terpilih untuk memberi khidmat kepada insan yang memerlukan. Hulurkan kasih sayang buat mereka. Salam tenang dan hadapinya dengan senyuman. Semoga diredhai Allah.

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi…
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua...kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah…
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
- Ahmad Dhani Dewa

16 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

sewa bape yerk? kalo sedap leh gak bayar lebih, kalo x best...bayar separuh jer boleh? muehehehe...

zwitterion said...

sy pun dah baca novel ni.best.saya suka watak fahri..susah ler nak jumpa lelaki mcm tu skrang ni..;)

13may said...

hehhe...nak pinjam gak:P

Izariza said...

Salam iman,

aduh .. kenapa ye saya banyak sekali ketinggalan entri2 kamu! Padahal sudah saya masukkan alamat blog kamu di dalam senarai favourite.. tetapi setiap kali klik di situ .. yang itu-itu juga terkeluar ...

hahaha .. tipah tertipu rupanya..

Judul novel itu pernah di'sms'oleh rakan saya, pensyarah di Fakulti Bahasa Moden UPM. Dia meminta sangat agar saya mengunyah isi buku itu kerana dia begitu kagum dengan garapan novel itu. Malangnya sehingga kini belum sempat menatap walaupun muka surat pertama.

InsyaAllah ada masa memang nak baca :) Bersemangat pula tengok sinopsis itu.

BaYu SenJa said...

y, kisah cinta yang sangat menarik...
sejarah hidup bayu, tidak pernah langsung membeli novel.. tapi sudah banyak novel yang dikhatam :)

Iman Mawaddah said...

RM,
Deposit RM3 dan sehari RM10. Kalau tak sedap kena pulang dalam masa setengah hari dan deposit akan dipulang kan hahaha..cekik darah betul.

Zwit,
Watak Fahri di garap dengan begitu baik. Insan yang penuh kesederhanaan. Berbeza dengan
watak hero yang diillustrasikan dalam novel-novel melayu kita.

May,
Ada yang kena lastik ni kang...tak paham ka..tak boleh pinjam :P

Kak iza,
Mungkin akak save link ke blog saya bersama entri yang terakhir akak tengok. Tu pasal nampak itu je hehe.

Wah..sedangkan pensyarah Fakulti Bahasa pun berminat apatah lagi insan biasa yang lemah bahasa seperti saya. Tetapi memang menarik..ada seorang komentar menulis HAMKA muda telah lahir..

Bayu Senja,
Jangan cuba meraih simpati saya ya..saya ulangi saya TIDAK AKAN MEMBERI PINJAM hehehe.

akirasuri said...

salam.

he he he saya juga dah baca buku ni dan jatuh cinta banget dengan abang fahri..ha ha ha..

tapi..novel saya sekarang sudah terbang ke cairo..anak buah di sana kepingin nak baca..alahai. rindu pulak nak baca lagi. mahu bercinta dengan abang fahri.. :P

Iman Mawaddah said...

Salam,
Hahaha..sudah tangkap cintan sama Abang Fahri ya? Saya tertanya2 adakah masih wujud lelaki seperti Fahri di dunia realiti ini. Jika ada pun mungkin satu dalam seribu :)

banggugar said...

salam,
saya ke yg satu tu, jgn mcm tu.. (tersipu2 malu kucing..)

(",)

Iman Mawaddah said...

Bang Gugar,
Salam.
Ya benar, Bang Gugar lah yang satu itu. Satu-satunya yang PERASAN haha.

Tak yah lah buat style malu-malu kucing tu. Pelik benor ngupenya hehe.

Unknown said...

noveL tu slalu nampak kat kedai buku. tapi tak terbeLi pong.. btw lagu hadapi dengn senyuman' tu sy mmg suka. kalo rasa down dengar lagu tu :)

izinni said...

hmmm ramai juga yang memuji novel ni ya. novel terakhir melayu yang aku baca "Imam". lepas tu dah takde. semua tak menepati citarasa sebab kebanyakannya tidak menguji akal untuk berfikir. chewahhh!! macam ler bagus benor! hahahhaha

nantilah nak skodeng buku ni. RM22.90 .. boleh la tu. suami aku mesti kata aku buang tebiat sebab dia tak pernah nampak aku pegang fiction tulisan orang melayu. buku melayu yang aku baca banyak non-fiction

Pa'chik said...

ahh.. komen ko ni susah nak dikomen, aku tunggu ko komen dulu, pasal aku blenk sangat nak mengomen. haha...
orang buang tebiat dekat nak mati kan?

err.. maap la kalau ada salah dan silap ye.

haha.. iman, aku blenket ni. tak tau nak kumen ape.

Anonymous said...

sejak dari awal lagi dah miliki novel ni..mmg menarik tuk dibaca..

izinni said...

errr pa'chik,
ko komen pasal komen aku ke, ko komen pasal entri iman? aku konpius.
isyyy memang ler setiap manusia termasuk aku dan juga ko, sentiasa dekat dengan mati :D

ko ngapa ni? siap mintak maap segala .. hehehhe

Iman Mawaddah said...

Lin,
Iye ke? Kalau rasa up suka dengar lagu apa pula? hehe

Izinni,
Apa kata hang buat novel sendiri. Sapa tahu leh jadi best seller.

Pa'chik,
Haha blanket??..kumen balik kampung ek

Indah Sakura,
Ya benar...

Izinni,
Ntahnya pa'chik..dia rindu izinni tak de seharian semalam kot hehe..