Saturday, November 25, 2006

Di Sebalik tabir Iman Mawaddah

Saya telah di tag oleh dua orang antara beberapa orang yang saya respect dalam dunia blog. Mulanya saya malas hendak ambil pusing. Rasanya macam back to school la pula..ibarat mengisi biodata dalam buku autograph kawan2 di zaman sekolah rendah dan menengah dahulu. Tapi bila difikir2kan, apa salahnya sekadar suka2 menceriakan ukhuwah. Untuk sahabat bernama Indera dan AKMA, ini adalah pengakuan ikhlas saya sebagai penghargaan terhadap persahabatan maya kita.

5 Benda atau Perkara yang saya lakukan jika saya seorang jutawan

  1. Bayar semua hutang piutang dan zakat
  2. Beli tanah dan bina kawasan itu macam Ar-Raudhah dalam filem Syukur 21. Semua ahli keluarga duduk bersama di kawasan tersebut.
  3. Buat R&D tentang produk2 Islam (tangible & intangible) dan pasarkan di dalam dan luar negara.
  4. Bina yayasan Mawaddah untuk membantu mereka yang memerlukan.
  5. Bina sebuah Maahad untuk melahirkan ilmuwan Islam dan generasi celik agama.

5 Tabiat buruk

  1. Suka menyakat anak2 buah.
  2. Mudah terlupa kalau banyak sangat arahan dalam satu masa.
  3. Otak jadi blur bila terlampau banyak memikir. Orang buat lawak pun saya buat dek je..hehe
  4. Automatik sakit perut bila terima berita kecemasan seperti kematian dan kemalangan.
  5. Suka membaca majalah atau buku sambil baring.

5 Perkara yang saya benci melakukannya
  1. Kerja lebih masa samada lepas waktu pejabat ataupun di hujung minggu. (Alhamdulillah buat masa ini tidak lagi.. sejak tukar department).
  2. Terpaksa ambil alih tugas orang lain yang ditinggalkan tidak sempurna.
  3. Panjat bukit dan gunung.
  4. Menunggu orang yang tidak menepati janji.
  5. Menghadiri meeting yang tidak capai matlamat dan lari dari matlamat asal.

5 Perkara yang tidak akan saya lakukan

  1. Menyekutukan Allah-mudah2an Allah tidak palingkan hati saya ke arah lain.
  2. Melakukan dosa2 besar-membunuh, merompak dan yang sewaktu dengannya.
  3. Hisap rokok
  4. Masuk disco
  5. Menukar jantina (hentam je la..dah tak idea sebenarnya ni hehe)

5 Perkara yang saya menyesal lakukan

  1. Menyakiti hati mak, abah dan orang yang mengenali saya.
  2. Tengok wayang tak ingat dunia akibat tension belajar dan pengaruh kawan semasa dalam pengajian.
  3. Memakai "bandana" (sapu tangan kecil ikat kepala) gara2 membuat persembahan di kolej kediaman. Itu majlis tertutup untuk siswi tapi entah macam mana ada sebilangan kecil jantina lain yang join sama.
  4. Tidak pulang dari asrama selepas mak meminta saya balik untuk jenguk opah yang sakit dan demam tidak baik2. Saya tidak mahu balik sebab sehari sahaja dan Isninnya saya ada periksa. Esoknya saya menerima berita kematian opah. Ketika itu saya berada dalam tingkatan 5.
  5. Lari bila takut tengok atuk mengigil2 hendak mengusap rambut dan bergurau dengan saya. Arwah atuk parkinson akibat kemalangan sebenarnya. Dan saya ketika itu hanya kanak2 kecil berumur 4 tahun. Kalau la saya berfikiran dewasa ketika itu..pasti saya dapat rasakan kasih sayang atuk kan..

5 Permata Hati Saya

  1. Mak
  2. Abah
  3. Adik beradik2
  4. Anak2 buah
  5. Semua yang mengenali saya in person samada di dunia realiti ataupun dunia maya.

5 Tempat yang saya sukai

  1. Masjidil Haram terutamanya di depan Multazam
  2. Masjidil Nabawi
  3. Rumah saya
  4. Bilik saya
  5. Suasana damai kampung kelahiran mak dan abah

5 Saat yang penuh bermakna

  1. Saat kelahiran saya ke dunia, dikurniakan mak dan abah yang cukup kental dan tabah dalam membentuk peribadi saya dan adik beradik dengan penuh kasih sayang.
  2. Mengerjakan haji bersama mak dan abah ketika berumur 12 tahun.
  3. 2 tahun kemudian, mengerjakan umrah bersama keluarga tercinta dan arwah opah.
  4. Hari konvokesyen
  5. Bercuti dan menghabiskan masa terluang bersama keluarga.

5 Benda/Perkara yang saya sukai

  1. Mawaddah dalam keluarga saya
  2. Masakan mak
  3. Seni sulaman
  4. Kanak2 comel yang keletah
  5. Kasut/Sandals Scholl, Clarks dan Hush Puppies.

5 Perkara tentang diri saya (sesi masuk lif rosak..tekan2 button lif tidak mau naik juga)

  1. Nampak pendiam dan serius jika tidak kenal. Tapi sebaliknya tidak begitu.
  2. Prihatin dan suka menegur untuk kebaikan bersama.
  3. Sensitif bertempat.
  4. Penyayang.
  5. Kelakar bertempat.

5 Orang yang paling saya sukai di dalam Blog

Saya tidak pandai memilih dan meletakkan rating untuk seni karya dalam dunia blog. Kerana saya membaca blog ikut mood saya ketika saya membaca. Kalau mood dan otak perlukan muhasabah diri, saya cari blog yang mempunyai info tentang Islam, puisi Islam..jika perlukan bacaan yang lebih ringan dan santai saya cari dan baca blog yang karyanya lebih ringan..jika perlukan bacaan tentang pengalaman hidup saya cari blog yang menceritakan pahit getir seseorang bertarung dalam kehidupan..macam tu lah seterusnya. Pendek katanya..saya suka dan enjoy baca semua blog.

5 orang yang saya pilih untuk menyambung tag ini

  1. Sunan Jati yang pernah mengebom saya akibat teguran saya
  2. 13 May- musuh @ sahabat baik Sunan Jati
  3. Kak rafflesia merah-seorang kakak yang sedang meniti kebahagian di alam pertunangan
  4. Kak Luna yang suka berinai
  5. Achik yang tidak habis2 beraya dari blog ke blog sampai terlupa nak update blog sendiri.

AKMA,

Untuk pengetahuan AKMA, saya telah "mengenali" AKMA hampir setahun lamanya..tapi sekarang baru meninggalkan jejak di AKMA. Perkenalan bermula dari Bluehikari dan Tipah vogue.

Indera,

Terima kasih, blog Indera banyak memberi ruang kepada saya mengetahui suasana tempat kelahiran datuk saya. Sebenarnya kampung saya di seberang kampung Indera sebab arwah atuk berkahwin dengan opah dan berpindah ke seberang Sungai Perak.


12 comments:

AKMA said...

Terima kasih iman_mawaddah. Menyiapkan entry 'tag' sebenarnya membawa kita menyelami diri sendiri...bukan org lain. Kita duduk, kita diam dan kita selam. Jauh ke dalam lubuk hati. Hingga kita tersentuh betapa...kita sendiri pun tidak mengenali diri sendiri. Ketika itu kita tersedar...sahabat yang meminta kita siapkan entry..di hantar oleh DIA. Sahabat cuma medium. Senyum...

13may said...

alahai....kena TAG pulak. InsyaALLAH..kalau ada kelapangan, saya akan buat.

btw, saya nak tanya tentang entry sebelum nih...
apa beza kurma ngan tamar??? Buah yg sama ker??? takpun mungkin ada sikit beza mcm duku ngan langsat...

dulu ada sekali jiran sebelah umah cuba tanam pokok kurma..tapi tak hidup...
ada gak member yg tanam dan hidup...tapi sampai sekarang tadak buah lagi...

lagi satu, entry tu memang menarik...sebelum ni tak pernah tau pun kewujudan kurma jantan betina nih....cuma yg saya tau, buah limau purut..ada jantan dan ada betina....

Salam:)

Anonymous said...

13may :tamar ngan kurma tu sama le..

limau purut ada jantan betina ka?hahaha..yg tu aku pun taktau..


iman :ni dh 2 kali org bg homework tag ni kat saya..pun tak siap lg..takpe..saya 'jamak' kan dua2 nya ek..huhuhu...jenuh nak pikir tau...

Iman Mawaddah said...

AKMA,
Betul kata bro..nampak mudah tapi pening kepala juga dibuatnya. Jenuh saya fikir, renung, check n balance diri saya.Adakalanya saya tenggelam punca dalam muhasabah diri saya.Alhamdulillah dinihari pagi tadi baru saya ada kekuatan ilham untuk menulis tentang entri ini. Syukur atas ukhuwah yang terjalin.

13 May,
Dari dok punching bag dkt rumah itu elok la jawab tag saya ni..hehe. Kurma dan tamar sama sahaja. Macam Al-Quran juga ada banyak nama. Cuma org kita terutamanya belah utara lebih suka memanggilnya dgn panggilan kurma. Betul kan? Tamar memang tidak sesuai hidup di Malaysia sbb cuaca negara kita panas dan lembab sepanjang tahun. Nantilah tunggu saya jd jutawan dulu ya..saya akan buat R&D berkenaan ini dan produce tamar Malaysia ke seluruh negeri dan luar negara..dan 13 May..adalah target customer saya.Jangan buat tak kenal pula masa tu nanti.

Limau purut pun ada jantan betina? Satu ilmu baru ni. Macam mana nk bezakan antara kedua2nya. Ceritalah sikit.

Luna,
Tak pe jamak kan saja.Saya tahu Luna kan musafir hehe. Saya pun jamak juga. Sebelum saya di tag lagi (perasan..mcm la ada org nak tag lagi hehe) saya segera menjawab sbb tak mo buat deferred payment untuk item yang lebih dr dua. Lagipun mana ada jamak sampai 3 waktu solat kan? :)

zwitterion said...

:)

RaFFLeSiA MeRaH said...

hehehehe...nak sambung tag yerk, bila dah tersenarai sumer tu, rasa cam dah kenal dengan tuan empunyer blog nih...yerlaa, dah tahu perangai dia camaner kan....

INDERA KENCANA said...

Iman, terima kasih kerana jawab tag itu ye. Dengan ini kita akan dapat mengenali sesama saudara walau kita hanya berhubung di alam maya sahaja.

Jauh atau dekat jarak saudara itu kita sendiri yang menentukannya. Persaudaraan Islam tiada jarak topografi, tiada halangan darah juga tiada alasan pangkat dan kekuasaan. Hanya kalimah tauhid yang menjadi ikatan kita sesama saudara seagama kita.

Mohd Daharudin Haji Daud said...

ermm..
terkenang anjang pada tok [gelaran buat nenek dibahasakan di kedah ]..
tok anjang juga meninggal semasa anjang tingkatan lima..

apapun..
anjang pun tumpang kenal di balik tabir akak di sini..
sebagai iman mawaddah..

Allah Yubarik Fik.

hakim dirani said...

Ya, dengan tag ini kita akan lebih mengenali kawan di alam maya ini.

Fadh Rahman said...

salam perkenalan...1st time masuk blog nie...nice blog...selalu aku(bleh bahasakan diri saya...aku?) masuk blog rafflesia...so nie dari blog dia laa nie...untuk 1st time nie tak nak komen apa2...wassalam.

Iman Mawaddah said...

Zwit,
:) itu sedekah.


Rafflesia Merah,
Tak kenal maka tak cinta ;P


Indera,
Terima kasih kembali.Mudah2an ukhuwah yang terjalin atas nama tauhid diberkati Allah.

Anjang,
Itulah kali terakhir akak merasai kasih seorang opah.

Harap persoalan Anjang tentang akak di awal perkenalan kita terjawab sudah dengan entri tersebut :) Nak tahu detail email akak. iman_mawaddah@yahoo.com

Tentang entri dekatnya tamar dengan kita..ambil lah copy paste. Untuk faedah semua apa salahnya lagipun itu bukan hak cipta akak..

Hakim,
Ya betul..dan saya menunggu entri hakim pula :)

akumasihdisini,
Salam Ukhuwah..selamat bertamu ke laman iman mawaddah. Boleh aje nak bahasakan saya/aku/ana/ngor/teman/cheq/den :)) saya sendiri membahasakan diri sebagai aku jika di kalangan teman2 rapat sbb lebih mesra.

Tentang entri Dekatnya Tamar Pada kita..terima kasih atas komen..segala2nya kerana Allah..itulah tujuan asal saya melibatkan diri dgn dunia ini. Moga2 urusan saya dan sahabat2 semua di sana kelak dipermudahkan Allah.

achik said...

mmm kena tag ngan iman la pulak... insya Allah akan buat nanti...

ps: saya dah update la :)