Thursday, October 11, 2007

Yang Datang dan Yang Telah Pergi


Ramadhan telah tiba ke penghujungnya. Syawal bakal melabuhkan tabir. Sayu dan pilu rasa dihati. Andai ini Ramadhan saya yang terakhir, sedikit sangat masa untuk Dia yang Maha Esa. Jujurnya saya rindu diri saya di Ramadhan yang terdahulu. Walau apapun yang pergi tetap akan jua pergi. Tiada guna untuk ditangisi mahupun dikesali. Yang tinggal hanya azam dan usaha untuk memperbaiki diri. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua yang membaca.


11 comments:

Mak Su said...

salam raya, tumpang lalu lalang sat

azeel said...

cik iman mawaddah...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin

Iman Mawaddah said...

Mak Su,
Selamat raya. Takan lalu je..duit rayanya mana? :D

Azeel,
Sesamalah kita. Semoga ceria di hari lebaran.

achik said...

comelnya hero2 kenit tu..

selamat hari raya iman.. maaf ye kalau ada tersalah kata.. :)

Kemat said...

salam aidilfitri

faridmw said...

salam..
selamat hari raya.. maaf zahir dan batin..
gembiranya anak2 tu...

khairyn said...

Eid Mubarak untuk Iman dan keluarga.

Butaseni@Wan Raja said...

selamat hari raya,
nak bagi duit raya kat budak budak tu lah hehehehe

akirasuri said...

Selamat hari raya kak iman.
maaf zahir dan batin.

jaga diri baek-baek..

pssstt: comelnya si kenit-kenit tu. nanti chop buat calon menantu soranglah.. he he he :D

Shumierain said...

Salam lebaran..
comel yer hero2 ni..happy jer muka br lps dpr duit raya ker...utk kt ade x

Iman Mawaddah said...

Achik,
Sila la pilih, mana satu yang berkenan :D Sesama lah kita bermaafan.

Kemat,
Salam aidilfitri juga untuk Encik Kemat dan awek cikgu :)

Farid,
Selamat berhari raya di rantau orang. Jaga diri baik2.

Khairyn,
Tq, Eid Mubarak untuk akak yang jauh juga. Semoga berhari raya dalam suasana yang muhibbah.

Buta Seni,
Kalau nak bagi duit raya pada mereka, janganlah segan lagi silu untuk bagi pada saya. Saya ni wakil mereka he he he

Akira,
Erkk nak yang mana satu? Kebanyakkannya dah berpunya tu hehe.

Shumerain,
Tu raya tahun sudah. Duit raya untuk rain boleh dapatkan di kaunter ya. Jangan lupa sign contract beberapa tahun ya :D