Monday, October 22, 2007

Kuala Lumpur dan Raya

Selasa, 16 Oktober 2007
Aman dan damai sungguh rasanya hidup di Kuala Lumpur. Perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Tak perlu tergesa-gesa. Tak ada bingitan bunyi hon. Di lobi bangunan pejabat, tekan butang lif, dua tiga lif terbuka dengan sendirinya. Tidak perlu berebut-rebut mengejar lif. Tenang sahaja.

Tetapi yang boringnya hanya ada tiga umat manusia yang terpaksa jaga kedai. Banyak kerja tidak boleh jalan sebab ramai yang masih bercuti. Akhirnya, buat-buat sibuk walhal main game, keluar makan walhal merayau-rayau lebih dari 1 jam. Ada beberapa kawan yang sms, layan dengan penuh komitmen. Paling haru, boleh pula tertidur barang seminit dua. Cukup masa balik. Bahagianya hidup.


Isnin, 22 Oktober 2007
Hujan lebat di pagi hari. Seiring lebatnya dengan kereta yang berpusu-pusu ke pejabat. Belum pun masuk bandar, sudah berderet-deret. Dari 15 minit jadi 45 minit. Itupun terpaksa ikut short cut.

Di lobi bangunan, satu lif terbuka, ramai yang berkejar-kejaran berusaha menyelinapkan diri. Di pejabat, keadaan sudah seperti sedia kala. Hanya ada beberapa tempat sahaja yang masih kosong. Kerja yang tertunggak terpaksa dilunaskan. Aduh, pening..pening. Cukup masa rehat. Keluar berjalan-jalan di tengah hari niat mencari ketenangan, tetapi di sana sini penuh umat manusia. Rimasnya. Cukup masa balik, aduh sesak lagi. Habis sudah ketenangan yang dilalui selama empat hari.

3 comments:

Kemat said...

KL tak leh sunyi lama2, jalannya tak leh lengang lama2, orang akan merindui KL yang jem, sesak dan padat..

RaFFLeSiA MeRaH said...

slmt hari raya....time raya org kata kl ni lengang, sampai kata boleh baring atas jalanraya, huhuhuhu...nak kena lenyek boleh lerrrr...

Iman Mawaddah said...

Kemat,
Kalau tak jammed bukan KL la namanya ya.

RM,
Hehe..sepanjang hayat ni hanya sekali je merasa raya di KL...boring sangat.