Saturday, July 28, 2007

Lima Cara Memilih Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
***Hasil salin tampal bermanfaat sempena hari persahabatan 5 Ogos 2007

20 comments:

tegezoot said...

Oleh itu, sudikah cik Iman menjadi sahabat saya?

akirasuri said...

oh!
saya termasuk dalam kategori sahabat kamukah? :)

Fahidayati said...

I have one! Which is now dah pun jadik my hubby... All the info yg U tulis (salin tampal) tu very true.

achik said...

org kata sebelum nak jumpa sahabat kita kena jadi sahabat dulu.. jd marilah sama2 berusaha jadi sahabat yg baik.. :D

jerangkung said...

kawan seperti butiran halus pasir pantai yang terbentang menghadap ombak kehidupan yang kadang-kadang tiada simpati menghempas pantai...sahabat pula mutiara dicelahan pasir itu...

Iman Mawaddah said...

Tegezoot,
Kecil tapak tangan, semenanjung Malaysia saya tadahkan :D

Akira,
Kamu termasuk senarai sekiranya kamu bagi duit raya dekat saya nanti. Rujuk perkara keempat hehe.

Fahidayati,
O ye ke. Siapa sangka ya, dari sahabat bertukar menjadi teman hidup.

Achik,
Ya benar, jangan mengharapkan sesuatu pemberian jika diri kita sendiri tidak bersedia untuk memberi.

Jerangkung,
Apabila sasterawan berbicara, kelu saya jadinya. Sungguh dalam makna ayat-ayat tersebut. InsyaAllah saya ingat sampai bila-bila.

butaseni said...

uuiii!susah nak cari tu.hehe

blackpurple said...

Memang sukar nak cari sahabat yang sejati. Kalau cari kawan melambaklah... :)

Terima kasih berkongsi ilmu.

Achik_Sufi said...

sahabat adalah yang menegur ketika kita membuat kesalahan dan menyokong kita membuat kebaikan.

13may said...

:)
eh! hari persahabatan pun ada...hehhe

Izariza said...

Salam Iman,

Mudah-mudahan menjadi bahan untuk kita muhasabah diri sendiri .. adakah kita mempunyai kesemua kualiti sebagaimana pesanan AlQamah itu.. terima kasih :)

khairyn said...

alhamdulillah, saya dikalangan sahabat seperti ini.

tegezoot said...

semenanjung Malaysia? Besarnya? Terharu nih!

zalisa maz said...

Kalaulah mencari sahabat itu mudahhh...

RaFFLeSiA MeRaH said...

SILALAH JENGAH KE BLOG KITA, ADER PERMINTAAN SKIT, HEHEHE....

lindosh said...

selamat hri persahabatn..

Iman Mawaddah said...

Buta Seni,
Kalau tak usaha mana nak jumpa :D

BP,
Mungkin juga tidak susah..jika kita sendiri yang mulakan untuk jadi sahabat yang baik :)

Achik Sufi,
Mudah2an achik tergolong dalam golongan yang dikata :)

13 May,
Ahaa..tu la jangan tak tau.

Izariza,
InsyaAllah, semoga kita tergolong di dalamnya.

Khairyn,
Alhamdulillah

Tegezoot,
Hehe takan sampai terharu kot.

Zalisa,
:) ...terima kasih datang singgah.

Kak RM,
oohooo hehehe..nanti saya kasi ya. InsyaAllah.

Lindosh,
Selamat untuk Lindosh juga :D

CerminDiri said...

salam kehidupan,

ada juga ke hari persahabatan atau baru direka?....baru pertama kali dengar.
kalau takde pun, kita tetap sahabat.

bunga rampai said...

Salam Iman,

Walau hanya maya tanpa mengenali rupa paras, itu juga sahabat...

... dan entri ini dari seorang sahabat yang mahu berkongsi ilmu. Terima kasih untuk itu.

Terima kasih juga untuk persahabatan yang terjalin selama ini :)

Iman Mawaddah said...

Cermin diri,
Ya kita tetap bersahabat :)

Bunga Rampai,
Ukhuwah itu indah jika semuanya lahir dari hati yang suci ikhlas kerana Allah Ta'ala.

Terima kasih kerana mengklasifikasikan saya sebagai sahabat anda :)