Friday, July 20, 2007

Bila lelaki hendak belajar memasak

A, rakan pejabat saya sedang tersengeh-sengeh mengadap pc seorang diri. "Pesal pe tersengeh-sengeh tu?" saya menegur. "Aku nak masaklah weekend ni," katanya antara dengar dengan tidak dengar. "Apa? Kau pandai masak ke?" "Ni aku nak cuba lah ni," katanya tersipu-sipu. Saya tergelak besar dan bertanya lagi, "Nak masak apa?" "Spaghetti," jawabnya ringkas. Saya tergelak lagi. "Ni aku tengok internet ni haa, nak belajar la cara masaknya. Kau nak ke nanti aku forwardkan," jawab dia sambil turut ketawa. "Tak pe..tak pe..aku dah terer bab spaghetti ni," jawab saya selamba. "Nak belajar masak, terus belajar masak spaghetti tu?" sakat saya. A hanya tersengeh.

"Sos dia, kau guna apa?" dia bertanya lagi. "Kalau nak buat sos sendiri, guna tomato puri. Kalau malas, beli je sos spaghetti kimball tu." jawab saya. "Lain-lain bahan kau bubuh apa?" tanya dia lagi. "Nak rasa macam italian tu campurkan keju parmesan. Tapi aku tak suka. Bahan-bahan lain macam biasa lah daging atau ayam cincang, cendawan butang, capsicum, tomato yang dipotong dadu. Ikut je apa yang kau rasa sesuai nak campur. Campak je semuanya. Lagi satu aku suka bubuh cili boh. Rasa macam tradisional sikit."

"Capsicum? Capsicum tu lada sulahkan? " tanya A. Saya dan seorang kawan perempuan, F tergelak besar mendegar pertanyaan tersebut. "Apalah kau ni, capsicum pun tak tau," kata F. "Ala lada benggala, tau tak?" tanya saya. "Lada benggala?" giliran A pula gelakkan saya. Saya dan F saling berpandangan. "Apasal kau gelak?" tanya saya. "Kelakarlah nama dia. Abis tu kalau dekat kedai, minta lada benggala orang tau ke eh?" "Lahai, tanya lah bini kau sure dia tahu punya," F menyampuk. "Macam mana ya rupa dia," tanya A. "Ala, bulat-bulat warna hijau tua yang selalu ada atas pizza tu. Kadang ada yang warna merah," jawab saya. "Ooo yang tu..aku tau la," jawab A. "Abis tu, lada sulah tu macam mana pula rupanya," tanya A lagi. Saya dan F berderai ketawa. "Tu white pepper, black pepper pernah dengar tak?" tanya F. "Ooo yang tu dalam botol macam serbuk," jawab A. Kami ketawa lagi.

"Kalau kau nak rasa sedap lagi, kau ambil sos Prego yang ada daging masin-masin tu," kata F. "A'a ye la, pastu aku bagi kau makan. Tak makan siap kau," jawab A. "Tau pun kau ya benda tu, ingatkan blur lagi," jawab F. Tempat kami berbual meriah sekali lagi dengan gelak ketawa kami.

***Adakalanya ketawa itu pengubat duka, penghibur hati tetapi jangan keterlaluan. Orang yang banyak ketawa akan menjadi orang yang paling banyak menangis di akhirat kelak.

20 comments:

Unknown said...

:) syabas to ur fren tu....bukan senang nak cari lelaki yg nak belajar masak...

idham

Iman Mawaddah said...

Bro Idham,
Hehe..tu lah saya pun terkejut juga. Mungkin sejak mendirikan rumah tangga baru rasa nak belajar2 tolong isteri agaknya. Bro, pandai masak?

akirasuri said...

woah!
bagusnya. jarang lelaki nak belajar masak ni. respeklah incet tu :)

banggugar said...

salam,

..Orang yang banyak ketawa akan menjadi orang yang paling banyak menangis di akhirat kelak..

alahai!..

(",)

Iman Mawaddah said...

Akirasuri,
Hehe..tapi kalau lelaki dah pandai masak, kalah perempuan dibuatnya :)

Bang Gugar,
Alahai..juga. Cermin diri saya sendiri :)

13may said...

hahha hahha hahha.....

blackpurple @ jowopinter said...

Lelaki jangan pandai sangat memasak. Nanti asyik kena masak. He he he.

Orang yang banyak ketawa akan menjadi orang yang paling banyak menangis di akhirat kelak :)

Kemat said...

saya lelaki yg pandai masak juga..MASAK AIR

Iman Mawaddah said...

13 May,
Amboi gelak sakan hang no

BP,
Baik pandai tanam pokok dan buat lanskap dari pandai masak eh :D

Kemat,
Kira hebat lah tu. Maklumlah awek chegu dok jauh hehe

Zetty said...

kira rajin la ek encik tersebut ... hubbyku sesekali aje menunjuk belangnya .. yg paling dia teror, masak daging black pepper .. tapi la nieh rasanya tak penah masak lagi dah .. sbb dia dah ada isteri sepenuh masa di rumah .. hahhaha .. opppss ..

Butaseni@Wan Raja said...

hehehe saya memang fail,pegang senduk macam pegang raket badminton hehe

Anonymous said...

sos prego yg ada daging masin2 tu? yg mana ye? saya ada terbaca emel, (tak tahu kesahihan) yg mengatakan dia guna sos prego yg ada daging rasa masin2 tu, bila cek ingredient, rupanya pork minced! wallahu'alam..

(saya rasa itu yg imported kot, bkn yg made in msia yg ada tanda halal jakim tu..)

achik said...

wah cayalah en A tu..

aduss dah la dr last 2 week mmg nak masak spageti x termasak2.. ;p

izinni said...

baguslah lelaki nak belajar masak. untuk kesejahteraan diri sendiri gak. kalau isteri dalam pantang .. takan nak makan luar atau makan lauk pantang isteri hari2 kan? hehhehehee ...

hmmmm lama pulak tak masak spagetti bolognese ni.

Fahidayati Ramli said...

Hehehe... bila citer bab masak... my beloved hubby lagi terer drpd saya tau!!! Sebab saya belajar masak bila dah kawin. B4 ni jarang masuk dapur... But now, dah oklah masak. Siap ada speciality lagi yg org lain takleh challenge!!

khairyn said...

ya sokong, lelaki kena gak belajar masak. Untuk survival. Macam juga puan izinni yg berjaya menukar tayar kereta. Survival gak tu.

*sengih.*

BaYu SenJa said...

oo.. tu nama dia lada beggala no?

ya la, hidup pasti suram tanpa ketawa... perlu belajar untuk ketawa, supaya orang tak maki kita kalau ketawa nanti....

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cermin mula blaja masak saat mula sampai ke syria. macam2 menu telah disediakan. yang serupa dengan air laut,kilang gula pecah dan macam2 ada.

Achik_Sufi said...

time2 lapar camnie bestla bace entri masak2 nie...terus nak cari sesuatau utk mengisi perut achik yang dah mendidih nie.

Iman Mawaddah said...

Yatie,
Mana rajinnya dia. Resipi dia tertinggal kat office hehe. Tak jadi masaklah dia.

Buta Seni,
Hehe masih ada masa lagi untuk berlatih pegang2 senduk.

Ms Ayue,
Mungkin juga. Tapi saya ambil pendekatan begini, jika perkara tersebut mendatangkan syubahah(keraguan) baik tinggalkan aje.

Achik,
Encik A tu teruk kena gelak dengan saya dan F sebab resipi dia tertinggal di office.

Izinni,
Ya betul. Jangan orang kata kalau dah terhantuk barulah nak sibuk.

Fahidayati,
U sebiji macam my friend. Hubby dia ajar siang ikan..hehe. Kelakar pula dengar cerita dia.

Khairyn,
Tu la tabik spring la pada Puan Izinni yang boleh tukar tayar kereta hehe.

Bayu Senja,
Baru tahu jugak ke? Orang timur tengah suka makan lada tu. Sebab tak berapa pedas.

Cermin Diri,
Teringat kekanda lelaki saya. Sehari sebelum ke US, sibuk salin resipi masakan asas dari bonda.

Achik Sufi,
Makan kena jaga. Nak2 time periksa ni. Jangan biar perut meragam dan mendidih kepedihan :D