Tuesday, December 19, 2006

Suka dan Duka Bersatu dalam Satu Wajah

Suka
Baru sebentar tadi, mak menelefon saya menerusi hp. Selalunya mak jarang telefon saya waktu pejabat kecuali ada sesuatu hal yang penting. Mak membawakan khabar gembira, Along, satu2nya kakak saya di naikkan pangkat DG44 efektif 1 Januari 2005. Syukur alhamdulillah, akhirnya Along dapat apa yang selayaknya dia dapat. Suara mak sayu dalam kegembiraan turut menyentuh hati saya. Mak menyuruh saya menelefon Along tanda sokongan. Belum sempat saya menekan button untuk bertelefon, sms Along telah masuk dulu menjengah inbox hp saya. Kuatnya kuasa yang Maha Esa, bagai mengetahui isi hati masing2. Tanpa membuang masa saya menelefonnya. Jelas sekali kegembiraannya. Alhamdulillah tidak putus2 keluar dari bicara kami berdua.

Kenangan lalu…
Along ibarat permata dalam keluarga saya. Dia berjaya mengangkat martabat abah dan mak dan membuat ‘mulut’ orang2 kampung ‘terlopong’ . Memulakan persekolahan darjah 1 pada usia 6 tahun. Seterusnya menjejak kaki ke negara Uncle Sam ketika usia yang masih mentah -16 tahun. Pada waktu itu jumlah remaja perempuan yang dihantar ke luar negeri sangat kecil bilangannya. Dia melakar sejarahnya sendiri di saat2 abah dan mak bertatih membina kehidupan di Kuala Lumpur. Dia pembuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik. Sesungguhnya saya bertuah punyai seorang kakak sepertinya..seorang kakak yang pendiam tetapi agak agresif dalam membakar semangat juang adik2nya menongkah arus kehidupan.

Duka
Tidak lama selepas menelefon Along, saya menerima satu email menyatakan seorang rakan yang bekerja di dalam organisasi yang sama dengan saya sedang koma di ICU sejak hari Khamis yang lalu. Semua orang terkejut bagaikan tidak percaya. Saya kenal kakak tersebut kerana dia salah seorang team members ketika saya conduct satu project melibatkan department beliau. Seorang staf yang aktif, ceria dan agak terkenal di organisasi kami. Kesian dia.. penyakit beliau masih belum dapat dikenal pasti lagi. Awalnya doktor suspect infection di paru2nya. Tetapi akhirnya doktor sendiri pun keliru dan masih terus menyelidik dan menkaji. Khabarnya dia sekarang bergantung dengan bantuan oksigen untuk bernafas. Sedih sekali saya mendengar beritanya. Sebagai insan yang mengenalinya saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuknya..semoga ketabahan menjadi miliknya.. kelu.

Hati terdetik..
Allah berhak memberi nikmat dan menariknya kembali apabila Dia merasakan perlu. Kita sebagai manusia pernahkah kita bersyukur dengan nikmat yang diberi? Sejauh manakah persediaan kita andainya nikmat-Nya dicabut secara tiba2. Saya? muhasabah diri sendiri…kelam memikir andai ia terjadi ke atas diri saya sendiri.

13 comments:

13may said...

tahniah kepada Along...
dan takziah kepada member Iman...
Semoga cepat sembuh....

Ini semua ujian dlm hidup...semoga tabah dan sabar menghadapinya...

Have a nice day:))

zwitterion said...

sememangnya hidup kita begitu,sentiasa diuji...
bersabarlah dgn ujian Tuhan

AKMA said...

Efektif 1 Januari 2005?. Waduh. Backdated. Rezeki. Alhamdulillah. Tahniah buat along Iman Mawaddah.

INDERA KENCANA said...

Tahniah dan takziah saya terpaksa rakamkan serentak di sini. Semua itu nikmat dan ujian ilahi..

Errr.. Amplang ada?

Fadh Rahman said...

setiap sesuatu kejadian ader hikmah yg terselindung di sebalik nyer...Allah Maha Kuasa...Dia berhak ke atas setiap hamba-Nya...kita kena bersyukur atas nikmat yg diperolehi dan kena redha atas ujian dari-Nya...semoga Along terus cemerlang dalam kerjaya dan semoga kakak yg sedang terlantar itu...cepat sembuh...Insyallah...!

Iman Mawaddah said...

13 May,
Terima kasih..have a nice day ya..unfortunately today is my miserable day...what to do sabar je la ya.

Zwit,
Syukran..Hidup jika tidak diuji bukan hidup namanya ;)

Akma,
Gracias..tengah fikir macam mana nak paw along..hehe..


Indera,
Tq..amplang masih dalam bayang2.. hehe..saya belum sempat follow up lagi..officemates pun dah sibuk menanya..nanti la ya jika ada rezeki.

Cikgu,
Terima kasih..ya betul semuanya ada hikmah hanya kita sahaja yang tidak sedar.


Maaf kawan..otak terasa sangat blur..saya hendak berehat mengharap mentari menyinari kota lumpur yang suram ;)

Mohd Daharudin Haji Daud said...

ermmmm...
itu semua dugaan dan ujian..
Allah selalu akan uji hamba2Nya yang beriman...
Lagi kuat iman seseorang makin kuatlah ujian yang bakal diterima..
namun..
sebesar mana ujian itu..
bagi mukmin yang soleh akan tetap meredhakannya..
kerana dia tahu ada hikmah dan ganjaran bakal diterimanya kelak..

jadi akak..
banyakkan bersabar..
anjang tahu akak seorang yang tabah dan tegar hatinya...

Allah barik fik..
Allah barik fik...

RaFFLeSiA MeRaH said...

1st, tumpang hepi ngan berita along naik pangkat, tahniah sesgt...ttg kwn iman tu, harap2 cepat sembuh...kita doa same2 key...semua ni kehendak tuhan, takder saper yg mintak jadi mcm ni, sumer org nak sihat...tapi takde sape yg dpt melawan kuasa tuhan...wallahualam....

achik said...

tahniah utk along iman dah takziah utk rakan...

suka duka kehidupan... moga kita akan sentiasa bersedia utk kedua2nya...

Iman Mawaddah said...

Anjang, Kak Rm, achik,

Terima kasih banyak2. Semoga Allah memberkati kalian.

hakim dirani said...

Saya doakan beliau disembuhkan oleh Allah. ameen.

Mudah-mudah saya yang masih sihat ini dapat menghayati nikmat sihat sebelum Allah mengmbilnya.

Purpleheart said...

setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

macam kata rm, takde sape yg dpt melawan kuasa tuhan..

berdoalah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..

Iman Mawaddah said...

Hakim Dirani,
Insyallah..mudah2an


Kak Sue,
Kakak tu masih koma. Bukannya meninggal dunia.