Hanya sampai di sini. Iman mawaddah mengundur diri. Salah dan silap harap dimaafi. Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan. Sebagai peringatan bersama, terimalah titipan terakhir yang sudah biasa kita baca dan kita lihat tapi jarang sekali kita hayati dalam kehidupan kita.
Ingat akan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara yang lain
Kaya sebelum Miskin
Muda sebelum Tua
Lapang sebelum Sempit
Sihat sebelum Sakit
Hidup sebelum Mati...
Jaga diri, jangan mudah terleka dengan ragam dunia. Jaga hubungan kita dengan Allah kerana Dialah yang menguasai segalanya. Jaga hubungan kita sesama manusia agar tidak menyakiti antara satu sama lain. Semoga kita semua berjaya berhijrah menjadi insan yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah S.W.T.
Jadilah..
Yang tebal itu iman,
Yang nipis itu lidah,
Yang tajam itu akal,
Yang lembut itu hati,
Yang ringan itu solat,
Yang halus itu suara,
Yang luas itu ilmu dan
Yang manis itu kenangan...
Dunia hanya persinggahan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Salam mawaddah.
Saturday, January 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
berhenti makan sebelum kenyang.
:)
hai lama menghilang?
berhenti blogging ke?
Mau ke mana?
Sedihnya...
salam kehidupan,
alahai sedihnya...memang itu adat kehidupan. ada jumpa ada pisah.
kadang2 ada jua kenangan yang pahit..
Sama-sama saling memaafi. Sama-sama kita renung-renungkan 5 perkara itu.
Ada kesempatan lain kita berjumpa lagi. InsyaAllah.
Selamat...
sehingga bertemu lagi...
InsyaALLAH :)
Salam kak Iman..
Moga sehat-sehat selalu dan dalam rahmatNya..
Moga bertemu lagi, insya-Allah..
Maaf juga dipinta atas segala keterlanjuran kata selama ini..
Jaga diri baek-baek..
Salam.
selama saya berkenalan dgn awak di alam maya ni, ikhlas terdetik dlm hati ingin bertemu dgn yg empunya tubuh. InsyaAllah kalau niat kita benar dan ikhlas pasti akan bertemu jua.. Yg pasti biarlah IMAN yg kita miliki ini kekal hingga Allah menjemput kita ke sana.
Rahmat Allah keatas awak membuatkan saya mengagumi awak.
Assalamu'alaikum...
tersentak hiba.
sayu.
AKMA ke mari mencari setitis penawar...
duka menimpa.
pasti ada rahmat....
Hidup perlu terus....dengan atau tanpa nafas.
Salam dari bumi Penyu.
AKMA
maaf jika tersalah kata..
semoga bertemu lagi..
salam...
dah berhenti mnulis ka..
adat dalam kehidupan... ada permulaan ada pengakhiran... semoga selamat dan bahagia selalu...
nak ke mana?
salam,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
(",)
Salam Iman,
Moga dalam perlindunganNya di mana jua berada.
This post has been removed by the blog administrator...
aikk???? hehhe
salam....mau ke mana ya?
Post a Comment