Friday, June 08, 2007

Perangi Kejahatan

Manusia ada pelbagai jenis perangai. Dalaman dan luaran tidak sama. Kadang-kadang mata tersilap menilai. Insan yang dianggap baik di mata boleh jadi sebaliknya. Dan insan yang dianggap jahat pula adakalanya kaya dengan nilai-nilai murni dalam diri.

Sesetengah manusia akan melakukan apa sahaja asalkan hasratnya tercapai. Sama ada dalam mencapai cita-citanya mahupun cintanya. Sehinggakan ada yang sanggup ber"tuhan"kan iblis dan syaitan. Manusia seperti ini terlupa akan kuasa yang Allah yang Maha Besar. Oleh itu berhati-hati dalam menjalani kehidupan agar kita tidak menjadi mangsa kejahatan manusia seperti ini.

Amalkan Surah Yassin ayat 9 sebanyak 8 kali setiap kali selepas solat sebagai salah satu pelindung diri. Jiwa perlu kuat dengan pengisian cinta kepada ALLAH yang Maha Esa. Syaitan sangat mudah menembusi pada jiwa yang lemah. Yakinlah akan kuasa Allah yang mengatasi segala kuasa kejahatan yang lain.

Jangan gentar apabila menjadi mangsa penganiayaan. Perjuangan perlu diteruskan. Yakin diri bahawa yang hak pasti akan dapat menewaskan yang batil.

13 comments:

HEMY said...

Hee..nk kaya..nk senang..nk pangkat tinggi..kadang sume hanyut je kan..siap leh bersikap setan lagi..nauzubillah

Iman Mawaddah said...

Anul,
Bila nafsu mengatasi akal dan iman tiada di jiwa macam tu la jadinya.

Butaseni@Wan Raja said...

salam,
satu lagi pelindung diri,ayat kursi.
amalkan sebelum keluar rumah nescara dilindungi daripada orang-orang yang bertuhankan iblis tu.
:) salam

Iman Mawaddah said...

Salam,
Ya benar. Saya selalu amal dengan mengulang ayat terakhir dalam ayat Kursi sebanyak 10 kali. Arwah atuk yang menurunkan ilmu ini. InsyaAllah akan terbakarlah "benda jahat" di sekeliling.

blackpurple @ jowopinter said...

Pokok pangkalnya hati dan jiwa.

Insya-Allah. Berkongsi ilmu yang baik pun amal jariah juga. :)

Terima kasih kerana berkongsi.

- G O R O - said...

Tauhid Asas segala Asas

tegezoot said...

Wuduk yg sempurna, Solat yg sempurna bakal membuahkan iman yg sempurna. Dengan iman yg sempurna inilah yg akan menjadi benteng dari serangan syaitan dan penyuluh dikala kegelapan.

Iman Mawaddah said...

BP,
Benar semuanya dari hati dan jiwa yang bersih. Tapi kebanyakkan kita gagal mempertahankannya :).

Sekadar berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran

Goro,
MengEsakan Allah dan wujudkanNya dalam jiwa adalah yang utama. Tapi macam saya kata pada BP, ramai yang masih gagal..termasuk diri saya yang adakalanya terlupa yang DIA Maha Melihat..Allahuakhbar.

Tegezoot,
Bukan mudah untuk mencapai kesempurnaan. Godaan syaitan durjana sentiasa menanti anak adam. Hati adakalanya gentar apabila diancam "kuasa asing". Apa-apa hal pun jangan tunduk mengalah sebelum berjuang.

banggugar said...

salam,

setiap kejahatan itu kita perlu meminta perlindungan dariNYA..

kerna dia lebih berkuasa dari segala2nya

(",)

tegezoot said...

Ya betul! Dan apa yg awak lakukan sekarang adalah salah satu usaha dalam memerangi kejahatan. Sama2lah kita.

Iman Mawaddah said...

Bang Gugar,
Salam,
Allah Maha mengasihani..dia tidak akan membiarkan hambaNya terseksa..melainkan pada hamba yang menduakanNya.

Tegezoot,
Bila dah terhantuk..barulah terasa sakitnya. Sebelum terlewat kenalah berjaga. Kadang-kadang kita tidak buat orang. Tapi orang ada yang tidak puas hati dengan kita. Bukankah sejarah sudah tercipta. Kisah Habil dan Qabil bukti yang nyata :)

khairyn said...

Tadi... dalam bas ke tempat kerja. Di bab terakhir biografi Rasulullah tulisan Karen Amstrong. Saat Rasulullah wafat. Terasa sangat sayu. Bergenang air mata. Terasa jauh... jauh... azam nak dekatkan diri dengan Allah. Sering tewas. Cuba lagi. InsyaAllah.

Iman Mawaddah said...

Khairyn,
Samalah kita. Sering tertewas. Tak mengapa asalkan kita mencuba dan berusaha. Allah pasti menolong.