Monday, January 29, 2007

Doa Orang Teraniaya

Salam semua,
Hari ini genap 10 hari kita berada di bulan Hijrah. Sudah seminggu saya menyepikan diri dari dunia blog lantaran bercuti ke kampung bonda dan pulang ke Kuala Lumpur dengan bebenan dan tekanan kerja yang menyukarkan saya membahagikan masa dengan sempurna. Terima kasih atas ucapan2 Maal Hijrah dalam entri yang terdahulu. Semoga kita semua beroleh rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T.

Entri kali ini saya ingin bercerita mengenai kisah ibu mertua abang saya dan anaknya yang teraniaya semasa umat Islam menyambut Aidiladha baru-baru ini. Makcik Z tinggal bersama-sama dengan anak bongsunya yang belum berkahwin di sebuah daerah di negeri Perak. Sejak kematian ayahnya, anak makcik Z iaitu S menjalankan perniagaan direct selling sebagai pendapatan tambahan. Aidiladha yang lepas, S telah menerima duit daripada pelanggan-pelanggannya untuk urusan perniagaannya. Duit tersebut S letakkan di dalam sampul surat di celahan buku-buku di atas kabinet di satu sudut rumah mereka. Jumlah kesemuanya adalah lebih kurang RM 260.

Malam selepas umat Islam menyambut Aidiladha, S mencari duit yang disimpannya. Dia amat terkejut apabila mendapati sampul surat tersebut telah hilang. Maka kelam kabut lah S memikir-mikir di mana duit yang disimpan. S juga berkira-kira jika ada tetamu yang datang terambil akan sampul suratnya itu. Rumahnya hanya di datangi oleh 2 buah keluarga. Keluarga terakhir yang datang adalah sepupu S, Kak A yang mempunyai 3 orang hero yang semuanya "baik-baik" belaka. S cuba menelefon sepupunya bertanyakan perihal sampul duitnya itu. Tetapi sepupunya kata dia dan keluarganya tidak mengambilnya. S terasa sangat sedih. Risau hatinya hanya Allah yang tahu.

Melihat anaknya bersedih, Makcik Z nekad melakukan solat hajat. Tiga malam berturut-turut Makcik Z melakukan solat hajat dengan penuh kusyuk dan tawaddhu' memohon petunjuk Allah. Malam berikutnya lebih kurang pukul 11 malam, Kak A menelefon Makcik Z. Anak kedua Kak A, yang berumur lebih kurang 8 tahun tiba-tiba menjerit kepanasan lantas mengaku sambil teresak-esak yang dia telah mengambil duit tersebut. Kak A memohon maaf dan berjanji akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun S pada keesokkan harinya. Kepanasan yang dialami oleh anak Kak A hanya reda apabila Makcik Z dan S memaafkannya.

Subhanallah, seram saya mendengar cerita tersebut dari mulut Makcik Z sendiri. Maha suci Allah...doa orang yang teraniaya termakbul. Tapi malangnya dalam kes ini, Kak A masih menyalahkan S kerana meletakkan duit di dalam sampul yang menjadi perhatian budak-budak. Walhal sampul itu hanya sampul surat biasa, tiada lakaran menarik di atasnya. Sepatutnya Kak A bersyukur, kejadian ini membuka matanya untuk menilai anaknya. Tetapi entahlah manusia ini kadang-kadang suka menunding jari telunjuk ke arah orang lain tanpa menyedari 3 jari yang lain menunding ke arah dirinya sendiri.

17 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

bila citer pasal duit hilang ni, sy pun penah terkena gak...tapi yg paling kesian tuk sedara ni, anak dah la takder, pegi lah umah anak2 sedara...cucu sedara lak jenis panjang tgn, dah la org tua ni kurang nampak, yerlaahhh...umur pun dah 70 lebih...tau lah org tua camane simpan duit dia...berjalan pun slow sgt...bila org tua bising2 baru lah duit tu dipulangkan semula...tu pun masa tuk sedara tu x nampak masa bila dia letak balik...yg haru ngan purse2 tu ilang...adehhhh....

13may said...

itulah salah satu sebab mengapa masyarakat sekarang takut menegur 'budak budak' yg nakal2 sekarang...kalau kita tegur, alih alih, kita yg dipersalahkan....

Purpleheart said...

Doa orang yang teraniaya memang dikabulkan oleh Allah. Semoga budak itu mendapat pengajaran dari apa yang dia telah rasakan.

Fadh Rahman said...

satu pengajaran yang berguna untuk semua...ingatan suoaya jgn mengambil hak orang lain kerana klau Allah nak tunjukkan balasan...sekelip mata ia nyer akan berlaku...!

Iman Mawaddah said...

RM
Terkenang..kenapa la kebanyakan manusia suka ambil kesempatan terhadap orang yang lemah.

13 May
Mungkin juga begitu.Saya rasa ibu bapa zaman ini suka sangat percaya anak dia baik.Anak-anak pun apa lagi naik lemak la.

PH
Insya-Allah mudah2an satu pengajaran pahit tapi berguna untuk budak itu.

Cikgu
Ya betul..bukan terhad kepada anak-anak kecil sahaja. Kita yang tua ini pun kena beringat.

~inilah saya~ said...

Sedih, melihat anak-anak sekarang ni.

Iman Mawaddah said...

Inilah saya
Tu la kecil2 sudah berani. Sudah besar apatah lagi. Bahaya jika tidak dibimbing dari awal.

Ku Keng said...

Assalamu alaikum,

Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Insha Allah saya akan sentiasa membalas kunjungan.

zwitterion said...

didikan..sgt penting.

Iman Mawaddah said...

ku keng
Waalaikumsalam Ku Keng,
Terima kasih kerana membalas kunjungan. Saya kagum dengan sajak anda dalam entri Harapan. Tanpa saya sedari air mata ini mengalir perlahan membayangkan betapa kerdilnya dan lemahnya saya dalam mencari sutera kasih-Nya.

Zwit
Melentur buluh biar dari rebungnya

INDERA KENCANA said...

Teringat kisah pelajar Maahad Yahyawiyyah yang gila selepas meminum air Yassin. Gara-gara mencuri..

Iman Mawaddah said...

indera
Indera bekas pelajar sana ke? Dekat daerah mana tu ya?

blackpurple @ jowopinter said...

Ambil pengajarannya dan jadikan iktibar...

Unknown said...

budak2 sekarang byk terpengaruh ngan sekeliling.. disamping kurang didikan.. hurmm tu la jadiknya

achik said...

budak2 skang ni bahaya tul... terlepas pandang skit je mudah la nak terikut2 ngan benda2 x elok...

Iman Mawaddah said...

BP
Tu sebab saya kongsikan bersama di sini.

lindosh
Selamat datang ke iman mawaddah.
A'a, zaman sekarang memang banyak faktor2 luaran yang lebih kuat mempengaruhi.

achik
Zaman makin moden..teknologi makin canggih..semuanya di hujung jari.. satu cabaran hebat ibu bapa dan keluarga dalam mendidik dan membina sahsiah anak2

Anonymous said...

yang aku nampak...perbezaan antara ibubapa dahulu dgn sekarang,suma anaknye yg betul dan terlalu dimanjakan..
sbb tu anak2 skrg naik minyak..fikirlah...