Wednesday, February 28, 2007

Apa yang pelik ya?

Pergi "beraya" dari blog ke blog hampir semuanya kena virus tag 6 benda pelik. Ada yang benar-benar pelik sehingga saya tertawa sendirian. Saya ingatkan saya terlepas. Tetapi akhirnya saya terkena juga dengan Indera dan Purple Heart. Jenuh juga kepala berfikir. Bukannya senang hendak menilai sesuatu yang pelik terutama pada diri sendiri. Tetapi untuk tidak mengecewakan sahabat-sahabat saya..nah sekarang saya senaraikan 6 perkara pelik tentang saya.

1. Saya hanya akan makan gulai tempoyak hasil tangan mak saya sahaja. Gulai tempoyak yang saya masak sendiri pun saya tidak suka sebab kurang umphh. Apatah lagi jika gulai tempoyak yang dimasak oleh orang lain. Saya tidak akan sentuh melainkan mak recommend gulai tempoyak itu sedap. Itupun hati saya masih nakal berkata-kata sedap lagi mak masak.

2. Suka makan durian dengan roti canai. Kalau musim durian, saya mesti cari roti canai. Pendek kata musim durian tidak akan berlalu pergi tanpa saya makan roti canai bersama-sama durian.

3. Dulu masa tinggal di asrama, saya suka conteng-conteng dinding asrama dengan lakaran-lakaran peta minda saya sambil bercakap-cakap seorang diri. Saya conteng menggunakan pensel 2B. Menjelang tahun akhir penuh dinding tu dengan seni lakaran saya. Mujur ketika itu saya dapat hadiah bergulung-gulung poster kemerdekaan. Apa lagi..saya jadikan wall paper. Jika orang lain sibuk menampal gambar-gambar artis kesayangan, saya tampal poster kemerdekaan untuk melindungi lakaran saya yang ala-ala jawi dan sanskrit..wah3x semangat patriotik la pula hehe

4. Jika terasa sangat-sangat tertekan semasa bekerja, saya suka jalan-jalan seorang diri ke shopping complex tengok ragam manusia. Tapi tidak lama sekadar 10-15 minit sahaja sekadar release tension. Mentang-mentanglah pejabat saya bersambung dengan shopping complex di ibu kota hehe..apalagi ambillah peluang sekejap. Tapi awas tidak boleh selalu..nanti tertangkap :) Jangan ikut perangai saya ini.

5. Suka simpan duit merata-rata sampai terlupa letak di mana. Baru-baru ini mak terjumpa lebihan duit raya saya di bawah tilam. Bila mak menegur..saya dengan mudahnya berkata "Oh! ye ke, saya terlupa"

6. Saya ada satu saja dalam dunia ni. Satu kan nombor ganjil. Ganjil = pelik. Pa'chik saya tidak copy paste tau saya taip satu-satu ini..hehe

Dan insan-insan terpilih meneruskan virus ini adalah....
1. Bayu Senja
2. Hakim Dirani
3. Indah Sakura
4. AKMA...walaupun dia buat sardin..mana tau kot-kot terbuka pintu hati untuk kembali menulis lantaran teruja untuk kembali ke tanah air hehe

Sekadar suka-suka..tiada paksaan, merasa dipaksa atau terpaksa

Friday, February 23, 2007

Virus apakah ini?

Bermula dengan si cilik Aishah dan Humaira, penyakit ini datang menyerang. Sehingga habis ikhtiar, dirujuk pula ke pakar kerana dikhuatiri serangan denggi. Syukur alhamdulillah, tiada jangkitan pada darah dan organ dalaman. Hanya demam biasa. Tetapi ngeri juga mendengar cerita emak tatkala jarum-jarum halus menyalurkan air menebusi badan si cilik anak-anak buah saya yang dua orang itu.

Selepas si cilik berdua itu, giliran abah pula. Kemudian giliran Yong. Tidak lama selepas itu tiba pula giliran emak. Kini, giliran saya pula. Virus apakah ini? Demam yang menyerang selepas asar dan berlarutan hingga ke maghrib. Tekak terasa sangat perit. Sehinggakan tidak mampu untuk meneruskan entri semalam walaupun ilham itu ada tapi tiada daya untuk mengolah. Akhirnya hanya mampu menyalin tampal.

Tetapi saya online juga dari saya bermalas-malasan, adalah lebih baik saya memerhati rakan-rakan maya saya berbual-bual di dunia tanpa sempadan. Sedikit sebanyak terhibur juga hati ini. Dua biji panadol actifast telah saya telan dalam tempoh kurang satu jam. Nasib baik tidak tidur selamanya. Menjelang malam kebah sekejap kemudian menyerang lagi. Esok paginya sihat seperti biasa. Abah, mak dan anak-anak buah saya juga seperti itu. Rakan-rakan pejabat juga menceritakan pengalaman yang serupa. Hairan..virus apakah ini?

Jangan biarkan masamu berlalu tanpa pengorbanan
Sepanjang roh masih setia menemani jasad
Kegembiraan tak selamanya menemani hari-harimu
Terkadang datangnya kesedihan
Tidak boleh kamu tolak
Sabar itu indah....La Tahzan

Thursday, February 22, 2007

Antara lemah dan lembut

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan, kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam , wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat. Celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat,di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah, bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah,bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud, Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati, ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita.
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI......

Betul ke macam tu? Saya tidak mahu komen lanjut…cukup sekadar untuk sama-sama kita renungkan. Rantaian kata-kata tersebut saya peroleh dari email yang di'forward' kepada saya.

Monday, February 19, 2007

Inilah Amplang

Masih ingat lagi dengan Amplang? "Buah hati" saya baru keluar dari ICU Jumaat lepas. Jadi boleh lah "dia" tolong saya ambil dan upload gambar-gambar Amplang yang tertunggak sekian lama.


Inilah dia Amplang



Tinggal 2 bungkus sahaja lagi. Ada sesiapa mahu?



Bahagian dalam Amplang


Bagi saya, rasanya biasa sahaja. Lebih kurang macam junk food double decker. Ada orang kata sedap, tapi saya kurang gemar. Apa-apa pun ikut selera tekak masing-masing yang merasa.

Friday, February 16, 2007

Sesungguhnya...

Sesungguhnya - Raihan

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Monday, February 12, 2007

Tuhan, Berikan Dia Kekuatan

Malam minggu yang lalu, kantung sms saya diketuk dengan mesej dari seorang sahabat lama. Sudah lama kami tidak berhubung. Seingat saya, kali terakhir saya bercakap telefon dengannya adalah ketika saya meminta panduan jalan ketika sesat semasa menghadiri kenduri saudara sepupu di Penang iaitu lebih kurang kira-kira 6 bulan yang lepas. Dan sms terakhir yang saya terima darinya adalah ucapan ringkas sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Selepas dari itu ada sesekali saya cuba menghubunginya atas beberapa urusan tetapi semuanya tidak berjaya. Hati sudah mula syak sesuatu tetapi saya biarkan ia berlalu.

Sehinggalah malam itu, dia menghubungi saya melalui kiriman sms. Dia mohon maaf kerana menyepi lama. Sms nya kali ini bernada serius. Sedangkan dia yang saya kenal selama ini adalah seorang yang ceria walaupun dalam ruangan sms yang terhad. Rupa-rupanya dia menghadapi masalah keluarga. Sahabat saya ini berdarah campuran Jawa-Siam dan Cina. Ayahnya berbangsa Cina dan memeluk Islam ketika berkahwin dengan ibunya. Sekarang ini ayahnya menetap di Australia bersama adiknya kerana menguruskan perniagaan keluarga di sana. Sepatutnya tanggungjawab urusan perniagaan keluarga jatuh ke tangannya sebagai anak sulung. Tetapi dia lebih suka berdikari sendiri dan tanggungjawab tersebut diserahkan kepada adiknya. Aidilfitri yang lalu merupakan satu mimpi ngeri baginya. Ayahnya pulang bersama-sama dengan isteri dan anak-anak baru. Rupa-rupanya ayahnya telah berkahwin lain. Tetapi apa yang lebih menyakitkan, kepulangan ayahnya ibarat ombak tsunami yang memusnahkan kemeriahan Aidilfitri.
"And the big problem is they are not Muslim"
"My dad married with the aussie in church"

Nauzubillah, terpempan saya membaca mesejnya. Satu demi satu saya membaca luahan kekesalan hatinya.

Perkara ini terjadi 10 tahun yang lalu ketika ibunya mengerjakan haji. Ibunya sekarang menghadapi tekanan yang teramat sangat. Dan adiknya, satu-satunya anak yang diharap untuk menjaga kebajikan ayahnya di Australia, tahu tentang perkara ini tetapi bersikap tutup mulut dengan ibunya sendiri semata-mata hanya kerana duit yang disogokkan oleh ayahnya. Punyalah dahsyat dugaan sampai goyah iman. Saya sendiri ragu tentang status agama adiknya. Malas untuk bertanya banyak kerana bimbang pertanyaan demi pertanyaan yang saya ajukan bakal menambah luka hatinya.

Sekarang ayah dan ibunya telah berpisah. Sahabat saya ini sangat-sangat kesal dengan apa yang terjadi. Dia sama sekali tidak menyangka yang ayahnya sanggup berbuat demikian. Alasan ayahnya sangat mudah. Perkahwinan ini terjadi lantaran ayahnya tidak mempunyai anak perempuan dan urusan perkahwinan dilakukan di gereja kerana ia lebih mudah.

Sebenarnya apa yang saya bimbangkan terjadi jua. Saya pernah bertanyakan dia, tidak risau ke membiarkan ayah yang berbangsa Cina tinggal di Australia. Dia kata ayahnya sudah berusia hampir 60 tahun hidup dalam Islam. Takan dia ingin kembali ke agama asalnya. Lagipun adiknya ada bersama. Sekarang apa yang terjadi sudah terjadi. Dalam negara sibuk membicarakan tentang isu orang melayu murtad. Tetapi di luar negara sana, seseorang yang bukan berbangsa Melayu telah keluar dari agama Islam. Persepsi Islam bukan hanya untuk orang Melayu sahaja seharusnya diberikan penekanan yang meluas agar Islam tidak diperlekehkan dan diambil mudah.

Kepada Allah saya panjatkan doa agar dia ditetapkan iman dan beroleh ketenangan jiwa. Saya juga ada mencadangkan untuk dia bertukar semula ke Kuala Lumpur bagi memberi sokongan moral kepada ibunya. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusannya.

"Ya Allah, ya Tuhanku, berikan dia kekuatan rahmat dan hidayah-Mu"

Sunday, February 04, 2007

Mereka Terpilih untuk HidayahMu

Jumaat 9.00 malam
"Apa, Mazlin Nordin?"
"A'a Mazlin Nordin, wartawan penyiaran TV3 yang ala-ala tomboy tu."
"Yang mana satu?"
"Ala dalam bersamamu tu."


Saya gesel-gesel mata, tengok betul-betul. Ya..ya.. betul la dia. Dah bertudung. Comelnya...Alhamdulillah dia sudah berubah. Terbuka sudah pintu hati untuk menutup aurat dari pandangan mata lelaki ajnabi.

Sabtu 9.00 malam
Saya ternanti-nanti kemunculan Norzie Pak Wan Chek sekembalinya dari tanah suci di Majalah 3. Umum mengetahui TV3 dipilih oleh Kedutaan Arab Saudi untuk membuat liputan berkenaan dengan ibadat haji. Norzie dan suaminya, Aidid adalah wartawan yang bertanggungjawab memikul amanah tersebut. Alhamdulillah, dia muncul dengan imej bertudung.

Mudah-mudahan apa yang saya lihat berkekalan dan bukan hanya lakonan semata-mata. Semoga penghayatan mereka dalam menutup aurat meningkat dari masa ke semasa.

Hati masih ternanti-nanti perubahan 2 orang sahabat karib sepengajian dahulu dan seorang sahabat akrab cyber untuk menutup aurat. Ya Allah, kurniakanlah hidayah-Mu buat mereka.