Wednesday, January 31, 2007

Apa nak jadi

“Rumah kata pergi, kubur kata mari…”
“Mana kau tahu kubur panggil aku”
…kah..kah..kah..ramai-ramai ketawa berdekah-dekah.


Sungguh angkuh manusia-manusia itu berbicara
Sakit hati sungguh bila mendengar
Tiada sedikit pun terpalit rasa berdosa
Bangga sekali seloka membelakangkan agama

Usia 52 bukan penghalang untuk bergaya
Rambut tercacak berwarna emas
Pakaian seksi mendedahkan dada
Berkasut rugged bertumit tinggi
Sakitnya mata ini melihatnya

Bahagianya diri menjadi pilihan
Pemuda-pemuda kacak linkungan umur dua puluhan
Rasulullah dan Siti Khadijah dijadikan perumpamaan
Sedarkah wahai insan?
Jauh panggang dari api kiasan yang diberikan

Minyak dengan air tidak bercampur
Pergi ke Mekah kerana agama
Berpakaian vogue kerana diri seorang selebriti
Apa digusar orang hendak mengata
Asalkan jujur pada diri sendiri

Apa hendak jadi dunia hari ini
Umat Islam sendiri sudah berani
Perlekehkan agama sesuka hati
Bagaikan hilang maruah diri

Wahai manusia tidakkah engkau tahu
Andai telinga ini boleh mendengar
Suara kubur yang setiap hari menyeru
Seluruh anggota akan lemah bergetar

Insaflah wahai manusia
Sementara masih ada lagi ruang waktu
Jangan dipersiakan usia yang masih bersisa
Beringat sebelum malaikat maut datang bertemu

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan


"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah"..supaya saya, anda, dia dan mereka dapat jawapan kepadanya.

Monday, January 29, 2007

Doa Orang Teraniaya

Salam semua,
Hari ini genap 10 hari kita berada di bulan Hijrah. Sudah seminggu saya menyepikan diri dari dunia blog lantaran bercuti ke kampung bonda dan pulang ke Kuala Lumpur dengan bebenan dan tekanan kerja yang menyukarkan saya membahagikan masa dengan sempurna. Terima kasih atas ucapan2 Maal Hijrah dalam entri yang terdahulu. Semoga kita semua beroleh rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T.

Entri kali ini saya ingin bercerita mengenai kisah ibu mertua abang saya dan anaknya yang teraniaya semasa umat Islam menyambut Aidiladha baru-baru ini. Makcik Z tinggal bersama-sama dengan anak bongsunya yang belum berkahwin di sebuah daerah di negeri Perak. Sejak kematian ayahnya, anak makcik Z iaitu S menjalankan perniagaan direct selling sebagai pendapatan tambahan. Aidiladha yang lepas, S telah menerima duit daripada pelanggan-pelanggannya untuk urusan perniagaannya. Duit tersebut S letakkan di dalam sampul surat di celahan buku-buku di atas kabinet di satu sudut rumah mereka. Jumlah kesemuanya adalah lebih kurang RM 260.

Malam selepas umat Islam menyambut Aidiladha, S mencari duit yang disimpannya. Dia amat terkejut apabila mendapati sampul surat tersebut telah hilang. Maka kelam kabut lah S memikir-mikir di mana duit yang disimpan. S juga berkira-kira jika ada tetamu yang datang terambil akan sampul suratnya itu. Rumahnya hanya di datangi oleh 2 buah keluarga. Keluarga terakhir yang datang adalah sepupu S, Kak A yang mempunyai 3 orang hero yang semuanya "baik-baik" belaka. S cuba menelefon sepupunya bertanyakan perihal sampul duitnya itu. Tetapi sepupunya kata dia dan keluarganya tidak mengambilnya. S terasa sangat sedih. Risau hatinya hanya Allah yang tahu.

Melihat anaknya bersedih, Makcik Z nekad melakukan solat hajat. Tiga malam berturut-turut Makcik Z melakukan solat hajat dengan penuh kusyuk dan tawaddhu' memohon petunjuk Allah. Malam berikutnya lebih kurang pukul 11 malam, Kak A menelefon Makcik Z. Anak kedua Kak A, yang berumur lebih kurang 8 tahun tiba-tiba menjerit kepanasan lantas mengaku sambil teresak-esak yang dia telah mengambil duit tersebut. Kak A memohon maaf dan berjanji akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun S pada keesokkan harinya. Kepanasan yang dialami oleh anak Kak A hanya reda apabila Makcik Z dan S memaafkannya.

Subhanallah, seram saya mendengar cerita tersebut dari mulut Makcik Z sendiri. Maha suci Allah...doa orang yang teraniaya termakbul. Tapi malangnya dalam kes ini, Kak A masih menyalahkan S kerana meletakkan duit di dalam sampul yang menjadi perhatian budak-budak. Walhal sampul itu hanya sampul surat biasa, tiada lakaran menarik di atasnya. Sepatutnya Kak A bersyukur, kejadian ini membuka matanya untuk menilai anaknya. Tetapi entahlah manusia ini kadang-kadang suka menunding jari telunjuk ke arah orang lain tanpa menyedari 3 jari yang lain menunding ke arah dirinya sendiri.

Friday, January 19, 2007

Salam Maal Hijrah 1428


‘Sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang luas dan dalam. Ramai yang karam di dalamnya. Oleh itu jika engkau mahu selamat, layari lautan itu dengan sampan bernama Taqwa, isinya Iman dan layarnya Tawakkal kepada Allah. Semulia-mulia keberanian ialah berterus-terang dengan pekara yang hak, menyimpan rahsia, mengakui kesilapan diri, menginsafi diri dan mengawalnya ketika marah." -Luqman Al Hakim

Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga amalan di tahun-tahun yang akan datang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Wednesday, January 17, 2007

Kerana cinta...

Suatu petang, fikiran saya tiba-tiba teringat kepada pakcik A.
“Abah, apa khabar pakcik A sekarang ya?” tanya saya.
“Adalah kat hospital tu.” jawab abah.
“Lamanya.. dekat sebulan dah kan?”
“A’ah, dia dah minta dengan doktor untuk duduk di hospital. Kat rumah pun tiada siapa nak tengok” jawab abah lagi.
“Anak-anak dia tak menjenguk?”
“Ntahlah..adalah kot melawat sekali sekala” abah menjawab sambil berlalu pergi meninggalkan saya keseorangan mengimbau kembali kisah hidup pakcik A.

Kenangan lalu
Bagi saya, pakcik A seorang yang mempunyai sejarah hidup yang unik. Satu antara seribu mungkin. Zaman sekolahnya ia bercinta dengan seorang gadis yang saya namakan dia makcik B. Percintaan mereka berlarutan sehingga masing-masing menginjak usia dewasa. Semasa sedang hangat bercinta, makcik B dilamar oleh seorang jejaka dari golongan bangsawan di Negeri Sembilan. Makcik B menerima lamaran tu dan meninggalkan pakcik A dalam kekecewaan. Masa berlalu, tidak lama selepas itu, pakcik A berkenalan pula dengan seorang bekas ratu cantik sebuah negeri yang saya namakan makcik C. Mereka akhirnya berkahwin. Maka hiduplah kedua-dua pasangan ini dengan bahagia.

Sehinggalah suatu hari, makcik B yang sudah bergelar datin ketika itu, menerima musibah apabila suaminya kembali ke rahmatullah. Pakcik A tumpang berduka dengan berita ini. Entah bagaimana cinta lama berputik kembali tatkala kedua-duanya meniti usia emas. Konflik berlaku dalam kehidupan pakcik A. Akhirnya pakcik A mengambil keputusan menceraikan makcik C dan mengambil makcik B sebagai isterinya. Ketiga-tiga anak pakcik A yang semuanya sudah berkerjaya tidak berupaya melawan kehendak ayah mereka.

Makcik C sangat tertekan dengan penceraian tersebut. Sejak itu, terputuslah hubungan anak-anaknya dengan pakcik A. Hiduplah pakcik A dengan permata hatinya, makcik B. Pertengahan tahun lepas, makcik B pula meninggal dunia. Sekarang, tinggallah pakcik A sebatang kara. Dia menderita sakit tulang belakang. Pada abah, pakcik A pernah merintih “Apalah dosa saya sehingga jadi begini. Hidup seorang diri tiada siapa peduli”. Abah hanya mampu menyuruhnya bersabar dan bertawakkal kepada Allah.


"Apa yang dimenungkan tu", tegur abah mengejutkan lamunan saya.“Abah, mak we lama abah masih hidup lagi tak? " tanya saya. Tersedak abah yang ketika itu sedang minum. “Kamu ni, ada ke tanye ngupe tu” jawap abah yang sekali sekala terkeluar juga loghat Peraknya. Tergelak besar saya melihat reaksi abah. “Bukan apa abah, saje terkenangkan pakcik A. Kesian pun ada..tapi ye la dia sendiri yang memilih jalan hidup begitu”. Abah hanya mengangguk-angguk kecil tanda setuju.

Ini bukan cerita rekaan. Ini salah satu kisah benar yang berlaku di celah-celah kehidupan manusia. Pelbagai persoalan yang bermain-main di minda saya daripada kisah pakcik A.

  • Kerana cinta seorang lelaki sanggup memusnahkan kehidupan keluarganya sendiri. Apakah yang pakcik A cari sebenarnya? Tidakkah terbit rasa bersalah dalam hati pak cik A terhadap isteri dan anak-anaknya?

  • Kerana cinta seorang wanita sanggup memusnahkan kebahagiaan keluarga orang lain. Bahagia ke makcik B membina mahligai atas kekecewaan orang lain? Jika sebelum itu makcik B mengejar harta. Kini mengejar cinta…mengapa makcik B perlu tamak?

  • Mengapa kadang-kadang manusia ini tidak mahu bersyukur dengan apa yang dimilikinya?

  • Adakah ini satu suratan atau kebetulan?



  • Tepuk dada tanya iman ..disitu ada jawapan. Suatu masa nanti harta dan orang yang kita sayang akan kita tinggalkan. Yang kekal bersambungan dan akan dibawa pulang hanyalah ilmu yang bermanfaat yang disampaikan kepada orang lain, sedekah jariah dan doa daripada anak-anak yang soleh.

    Saya bermonolog sendirian.

    Sunday, January 14, 2007

    Sains Islam Mendahului Zaman


    Sabtu lepas, saya berpeluang menjengah Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di KL Convention Centre. Memang best.. Tidak rugi pergi. Walaupun pada mulanya cuak juga sebab terpaksa bersesak2 dengan ribuan pengunjung. Tambahan pula bawa 3 orang askar Along yang "rajin2" belaka. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar apabila pihak urusetia berjaya mengawal keadaan. Sebabnya pihak urusetia sendiri tidak jangka sambutan orang awam sebegini rupa.

    Banyak tokoh2 ilmuwan Islam yang selama ini ideanya diceduk oleh pemikir2 Barat didedahkan dalam pameran tersebut. Kalau di sekolah dahulu, kita banyak kenal nama2 barat tapi di pameran ini kita boleh bezakan siapa pencetus idea sebenar ilmu2 yang kita belajar di sekolah. Usaha ini saya pandang sebagai usaha yang murni untuk mengetengahkan semula ilmuwan2 Islam bukan sahaja di kalangan orang Islam sendiri bahkan untuk golongan bukan Islam. Rasa sangat berbangga apabila terserempak dengan golongan2 bukan Islam membelek artifak2 ilmuwan Islam, berbincang sambil mengambil gambar artifak2 tersebut. Pameran ini juga sesuai untuk memupuk minat anak2 kecil, remaja2 sekolah dan pelajar2 universiti mendalami ilmu Sains Islam.

    Bayaran masuk? Jangan bimbang semuanya percuma. Siap ada lucky draw lagi..antara hadiah2nya hamper, pen drive, hand phone dan lap top. Tetapi almaklumlah ramai sangat orangnya..siapa yang dapat tu kira betul2 bertuah lah. Oh ya..ada door gift juga diberikan. Claim door gift tersebut dengan menunjukkan tiket masuk di kaunter keluar. Semasa saya datang tu, saya diberi pilihan hendak pen ke note book kecil. Sudah semestinya saya pilih pen. Sebab note book kecil sudah terlampau kecil kepentingannya dengan kerjaya saya.

    Jika ada kesempatan pergilah ke sana bersama keluarga. Pameran ini dipanjangkan lagi tempohnya sehingga 14 Februari 2007. Ia dibuka pukul 10 pagi ke 10 malam. Jadi, jangan lepaskan peluang hayati sirah kegemilangan ilmuwan Islam.

    Ada tokoh macam promoter program tak? hehe..Tapi memang best. Jika ada kelapangan dan diizinkan Allah saya ingin pergi lagi..sebab tidak puas kelmarin. Tumpuan lebih kepada pengawalan askar2 Along. Apa2 pun terima kasih pada Nyah Mi yang bagi pass kami masuk lunch bersama urusetia2 program.

    Thursday, January 11, 2007

    Bila Amanah diambil Mudah....

    Kelmarin, rakan sekerja saya di Negeri Sembilan menelefon saya. Dia bertanyakan perihal seorang rakan kami di sini yang dengar khabarnya diberhentikan kerja. Wahh.. heran saya, macam mana orang di Negeri Sembilan boleh tahu dulu berita perihal orang di KL. Tergelak2 kecil rakan saya itu apabila saya bertanya padanya. Dia menyuruh saya menyiasat duduk perkara tersebut. Saya bukannya pandai hendak siasat menyiasat ini.

    Tetapi tadi, akhirnya berita tersebut sampai juga ke pengetahuan saya tanpa saya menyiasatnya. K, seorang perempuan disyaki menyalah gunakan kemudahan "claim" yang diberikan. Tugasnya memerlukan ia sering ke luar daerah. Khabarnya setiap kali ke luar daerah dia akan menyewa hotel yang murah harganya. Kemudian, apabila pulang ke ibu pejabat dia akan claim duit hotel mengikut kelayakan jawatan yang jauh lebih tinggi dari harga hotel yang disewanya.

    Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kegiatan dia akhirnya dapat dikesan. Dia akhirnya diberhentikan. Termenung saya mendengar ceritanya. Sungguh tidak saya sangka dia tergamak melakukan sedemikian rupa. Dahulu hubungan kami rapat. Saya, dia, rakan yang di Negeri Sembilan tadi dan beberapa orang rakan kami yang lain adalah "produk" yang dilahirkan di bawah satu projek khas organisasi. Sehinggalah kami dipisahkan mengikut department yang diarahkan.

    Mengapalah sampai jadi macam ni ya. Saya terfikir, mengapa manusia ini kadang2 suka mengambil kesempatan akan amanah yang dipertanggungjawabkan. Orang selalu fikir PECAH AMANAH sudah semestinya menggelapkan wang. Tapi bagi saya pecah amanah ini merangkumi semua aspek. Semasa kerja..timbang diri kita adakah kita gunakan sepenuh masa kerja kita untuk menjalankan amanah kita? Waktu rehat tengah hari kita panjang2kan. Bagi yang ada kemudahan minum pagi, pergi minum kemudian dilengah2kan. Campur tolak waktu semua hanya beberapa jam sahaja yang diperuntukkan untuk kerja. Tidak terlintas ke di fikiran kita yang kita mengalas amanah di bahu kita? Tidak terlintas ke di fikiran kita akan duit yang diambil akan menjadi darah daging? Tidak terlintas ke kita akan persoalan2 di hari kemudian?Entahlah..saya bimbang..kerana saya juga tidak terlepas dari kelalaian melaksanakan amanah.

    Monday, January 08, 2007

    Kisah Semalam

    Semalam saya bertemu seorang kawan lama. Lama sungguh saya tidak mendengar khabar beritanya.

    Dia : Kau apa khabar? Sihat ke? Lama tak dengar cerita kau?
    Saya : Aku sihat alhamdulillah. Ada, tak kemana2. Kau sihat ke?
    Dia : Aku baru keluar hospital. 8 hari dok sana.
    Saya : Sakit apa?
    Dia : Sakit yang tidak boleh diubati. Doc suruh aku balik buat amal banyak2.
    Saya : Ermm AIDS ke? (sengaja saya menyakatnya)
    Dia : Ishh kau ni. Ada ke? Aku high bp la.
    Saya : Mak aii berapa tingginya.
    Dia : 210/120
    Saya : Tingginya..kau banyak makan daging ke?
    Dia : Tu la doc kata mujur badan aku kuat. Aku kan muda lagi mestilah kuat. Kalau orang tua dah kena strok dah.
    Saya : Ceh..masih berlagak lagi. Kau kuat merokok ya?
    Dia : Dulu memang kuat..tapi sekarang dah berhenti.
    Saya : Dah tu apa puncanya. Tekanan keje ke?
    Dia : Ntah lah ..macam2 la.. kerja..family or..may be life style aku kot.
    Saya : Life style ek..tu la merayau lagi malam2..sistem tidur pun tak betul la.
    Dia : Ermm tak pe la..dugaan hidup aku kot.Tapi kan sejak aku sakit aku akui aku lebih hargai bini aku.
    Saya : Oooo selama ni kau tak hargai dia la ya. Baru sedar diri ya bila dah sakit.
    Dia : Kau ni bukan lah..tak paham statement betul budak ni..hehehe
    Saya : Hehehe paham lah..saje je nyakat
    Dia : Kau tak de plan nak pergi umrah ke?
    Saya : Buat masa ni tak de..kenapa?
    Dia : Doa kan aku weyy
    Saya : Doakan apa?
    Dia : Doakan aku dapat anak. Dah 2 tahun lebih aku kawin tapi belum ada anak. Orang kata doa kat sana makbul.
    Saya : Insyallah..tapi kan..kau pun kena usaha juga. Maaf aku bertanya, kau dah rajin solat ke sekarang ni?
    Dia : Erkk..ermmm hehehe (ketawa sumbing)
    Saya : Macam mana la pak cik oiii..suruh aku berdoa. Tapi kau sendiri tak doa. Tak nak mengadap DIA. Lepas tu nak harapkan DIA bagi kau anak. Kalau aku jadi DIA jangan harap aku nak tunaikan permintaan kau.Tapi aku tahu DIA Maha Penyayang dan Pengampun. DIA bagi juga kau peluang hidup, kerjaya meningkat walaupun kau dah kena penyakit.
    Dia hanya terdiam.
    Saya : Aku rasa DIA rindu kan kau. DIA hendak kau mengadap DIA..mohon padanya. DIA rindu pada kau dulu..yang rajin mengadap DIA. Tu sebab DIA uji kau dengan penyakit supaya kau kembali mengingati DIA.
    Dia : Ermm..hehehe weyy tetiba aku sakit perut la dengar ceramah kau.
    Saya : Kau tu la..tak abis2 dengan akal putar alam kau tu.. tak pernah yang betul.
    Dia : Hehe ala..aku saje ngusik ko..dah lama tak bergurau dengan kau. Ermm ntah lah aku pun pelik dengan diri aku. Dugaan dah macam2 tapi tak insaf2 juga.
    Saya : Haa tu la..ni dah kena darah tinggi. Silap2.. bulan depan kena penalti dan gol.
    Dia : Ampeh...kau..tak sayang mulut
    Kami sama2 ketawa.
    Dia : Ok la weyy..aku nak balik jaga nenek. Sori la terkasar bahasa.
    Saya : Tak pe..dah faham benar dengan kau. Aku pun minta maaf.
    Dia : Hehe tak pe..lama benor kita tak berbual. Kau tak berubah..tetap ampehh tapi bernas seperti dulu.
    Saya : Ceh..hehe. Ampehh macam tu tak pe lagi..jangan ampes kelapa tua macam ko lagi teruk. Tak mau berubah2.
    Dia : Hehehe..ok2..aku blah dulu..gaduh dengan kau sehari suntuk pun tak abis.
    Saya : Hehehe..ok jangan lupa bertaubat, warning ALLAH dah kasi tu.
    Dia : Ye la (2x)...blah dulu wey.


    Dia dan saya sangat berbeza cara hidup. Kami berkenalan secara kebetulan melalui seorang kawan. Sering tidak sependapat dan sakat menyakat. Walaupun begitu, pernah suatu ketika dahulu saya menjadi tempat dia mengadu masalah2nya. Entah macam mana saya boleh jadi baik dengan dia dulu. Tetapi ada sesuatu perkara yang buat saya sedih dengannya. Dia dahulunya sebelum perkenalan kami bukan calang2 orangnya. Pernah menghafal separuh Al-Quran. Tidak kurang juga dengan Al-Hadith. Kalau diduga dia dengan persoalan2 agama..dia masih boleh berhujah sedikit2. Entah di mana silapnya..dia keluar dari kepompong yang mencintai agama dan alpa dengan syurga dunia. Sebagai kawan, saya cuba menyedarkannya dalam acuan jenaka bernada sinis saya. Tetapi dia tetap dia ..kekal dengan akal putar alamnya.

    Saya lakarkan sebahagian kisahnya di sini bukan niat untuk mengaibkan dia. Tetapi mengingatkan diri saya dan semua..betapa rapuhnya iman kita jika tidak dijaga dengan sempurna. Jauh di sudut hati kecil saya tetap berharap agar suatu hari nanti dia kembali ke pangkuan ALLAH yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

    Saturday, January 06, 2007

    Misteri Budu

    Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

    Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

    Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

    Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin) ,asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .

    Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.

    Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi,kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

    Artikel ini diforwardkan ke dalam email saya. Rasa nak tergelak pun ada bila membacanya tapi itu lah realitinya. Moralnya mudah..jangan pandang rendah pada sesuatu yang buruk luarannya. Selepas ini, sesiapa yang tidak makan budu boleh lah belajar2 makan. Saya? Saya tidak pasti saya makan ke tak? Yang pasti tempoyak saya makan lah hehe